Tuesday, February 15, 2011

Perjumpaan meng-update status bank..

Waktu zaman persekolahan dahulu...para ibu bapa..mak ayah akan sebuk bertanyakan anak-anak kawan mereka bersekolah di mana. Mana yang anak-anak bersekolah di sekolah berasrama penuh...MRSM atau sekolah Sains negeri, dengan bangga akan mendabik dada. Bangga dengan pencapaian anak mereka.

Pekara ini berlarutan setelah abis SPM, kemudian mereka akan tetap bertanya lagi..anak-anak kawan mereka dapat sambung di mana. Diploma...matrikulasi atau terus buat degree di luar negara. Pada mereka yang berjaya mendapat tempat di menara gading..akan terus lagi mendabik dada..pada yg sebaliknya..akan terus berdiam diri. Ada yg sebahagiannya menyambung pelajaran ke tingkatan 6 akan dikeji..kononnya masih lagi pakai uniform sekolah.

Tak perlu menafikan..itulah yg terjadi reality. Aku tak terkecuali. Aku bukanlah golongan yang pandai... ditawarkan sekolah berasrama penuh negeri..aku tolak. Alasannya aku tak mahu berjauhan dgn mak ayah. Kemudian aku memilih sekolah Bestari pertama di Pulau Pinang. Alhamdullilah...SPM aku tak cemerlang sangat...tapi aku ditawarkan diploma dalam bidang kejuruteraan awam di Politeknik Ungku Omar(PUO) dan diploma perakaunan di UiTM Pahang. Juga,aku tolak kedua2nya. Pertama..diploma di Pahang..sbb kawasannya terlalu jauh jd aku tolak. PUO pulak disebabkan keadaan kesihatan mama yang tidak stabil ketika itu. Justeru itu, aku pilih masuk ke tingkatan 6. Aku tau ramai yang mengata...mengumpat. Tapi mereka tidak tahu keadaan sebenar.

Tamat tingkatan 6..aku ditawarkan ijazah sarjana muda kepujian dlm bidang MIS di UiTM dan Ijazah sarjana muda Psikologi di UM. Tapi kali ini..mama dan abah yg pilih.Mereka hantar aku ke UiTM untuk melanjutkan pelajaran dan yg pastinya takde siapa jiran tetangga yang tahu di mana aku belajar.Hinggalah tahun akhir,mereka ingatkan aku sedang berkerja kilang di mana-mana saja. Aku ingat lagi makcik joyah,mak kawan aku dengan bangganya bertanya pada mak aku,"Nadia di mana skrang,Kak Nah? buat diploma di kolej mana??" Mama seperti biasa..yang tidak suka membesar-besarkan anak-anaknya yg sedia besar(gemuk..tembam dan seangkatannya) menjawab," Nadia buat ijazah kat UiTM Shah Alam" Setakat itu sahaja dia bertanya. sebab...sekurang-kurangnya aku di tahun akhir ijazah dan anaknya hanya sampai semester 2 diploma di UiTM Kelantan.Semuanya gara-gara anaknya sibuk nak berkahwin..

Abes zaman belajar..masuk pula zaman kerja. Semua berlumba-lumba tanya anak kerja apa. Bukan saja mak bapak...anak sesama anak pun bertanya juga.

"Anak kamu kerja apa?Anak aku gaji 4 angka. Jadi kerani Maybank kat Seberang jaya nuu.."

"Laaa...lama sungguh tak jumpa. Jom buat reunion. Skrang ni hang kerja apa?"

Kadang-kadang aku nak tergelak dengan soalan-soalan ni. Macam baru-baru ni, ada seorang kawan se-universiti tapi berlainan course bertanya pada aku ketika reunion yang diadakan...

"kau kerja mana skrang?"

Dan aku hanya menjawab,"kerja biasa-biasa je!"

Gembiranya dia menjawab,"ala...janji kerja. tgk macam aku ni..kerja TESCO je lepas tu dapat jadi cikgu KPLI." gembira kerana padanya aku tahap2 budak cashier tesco je.
dan dlm hati...bohonglah kalau aku tak menyumpah seranah dia. dan hatiku pun berkata,"ko ingat aku cam kau. baru dpt KPLI dah bising sekampung..."

Akan tetapi..aku selalu ingat kata-kata Hanif... biar keje biasa2..orang nak kutuk mengata...janji gaji lebih banyak. Ya,itu yg terbaik. Diam-diam sudah. tak perlu nak pukul canang aku kerja bagus...gaji aku banyak..aku kerja gomen..


dan oleh sebab itu..aku sangat menyampah dan ber-reunion! sbb tujuan berjumpa reunion hanyalah nak bandingkan kau kerja apa...gaji bape..apa jawatan..

Justeru..jangan hairan lah kenapa aku memilih giler nak pergi majlis kenduri kahwin kawan-kawan...dan segala bentuk perjumpaan reunion. hanya golongan tertentu sahaja yg menerima kunjungan aku di kendurinya.sebab..golongan tertentu ini..akan juga aku gigihkan diri nak pergi walaupun dalam kesibukan...banjir..ribut taufan.. kecuali kalau sakit mata..tgh operation atau nak mati,mmg la aku tak pergi! Nak jumpa aku sekadar nak tanya khabar..minum secawan teh atau kopi..anytime. reunion..sorry..aku perlu pikir sekejap perlu atau tidak perjumpaan meng-updates status terkini.

Perlu ke aku nak update yg aku ada 7 akaun bank..3 akaun kredit card dan salah satunya American Express.yg .bukannya calang-calang bank? What the F*ck la! Bullshit la..

Nonsense itu semua!


p/s: kalau nak minum kopi atau teh..aku biasa ke starbuck.tak kiralah orang kata sokong inggeris...penjajah atau segala bagai..yg penting jenama dan nama perlu jaga. barulah sesuai utk golongan2 jaga status.


p/s lagi: Ini adalah entri sarkastik..kalau masih kabur..jelas sekali anda seorang yg bodoh teramat.


sekian..terima kasih.


sila baca disclaimer sblom nak mengutuk..mengata dan meninggalkan komen.


bye.


2 comments:

Anonymous said...

ahahhahahhaha sarcastik sgt ke?
hik hik alaa biasa laa tu..lumrah dunia...:)
chaiyok..chaiyok...

Prinzessin said...

sarkastik pd orang yg tak paham bahasa. nnt bila2 kita lepak...i cite kat u ye acik..

hehe