Tuesday, March 31, 2009

Puzzle.....


banyak betul aku nak catatkan di sini..tapi aku cuba..cuba titipkan seringkas mungkin. Aku baru sahaja selesaikan dengan urusan permohonan ke Portsmouth. Skrang..hanya tunggu langkah seterusnya. Semoga semuanya berjalan lancar, insyaallah.

Jadual exam pun dah keluar...dan aku pun dan ready untuk program 3P selepas exam. Insyaallah...aku akan attend untuk Project Management with ITIL utk kursus ngan prestariang. Semoga semuanya berjalan dengan lancar. Sekarang ni..aku tgh nak siapkan assigment aku yang masih berbaki. Kemudian settlekan SA 2 then get ready utk final paper. Insyaallah..settle semuanya..aku akan mula bzz ngan utk study IELTS.

Hari ini...aku borak ngan abg senior aku...abg Shahrul. Ada satu nama muncul setelah sekian lama aku tak dengar nama tu. satu nama itu...malam ini buat aku tersenyum. Petang td pula..ada mood nak masak..so aku g shopping barang dapur untuk masak nasi ayam. Aku ajak Aina makan kat rumah aku. Lepas makan....aku ngan aina lepak kat dalam bilik. Cam biasa..sessi berborak...mengumpat...menganjing org....tu la kitaorg setiap kali berjumpa.

Pertemuan kali ini...banyak betul kami berbual sampai tak sedar masa dah menginjak ke tgh malam. tentang hati, tentang perasaan..tentang kenangan. Yang pentingnya...satu nama yg muncul petang td..meniti di hujung bibir aina...dan yg paling best...cite tentang keadaan...cite tentang kenagan cinta pertama aku. Aina kata..hidup aku terlalu puzzle. terlalu banyak serpihan yang masih samar dan tidak jelas di mana letaknya..sebelum ia bercantum menjadi satu gambaran yg sebenar. Cantik dan jelas...! Masih terlalu jauh...atau barangkali masih terlalu lama untuk itu.

Aku rasa...aku makin jelas dengan apa yang aku cari..dan apa aku ingin. sekarang..aku ingin terus melangkah untuk aku lengkapkan puzzle kehidupan yang misteri ini.

Seperkara lagi..ada seorang org tua gatal kata aku cantik tak bertudung...dan aku rasakan pujian itu sangat jijik. Bukan sesuatu yg nak dibanggakan..yarks!

september hanya beberapa bulan..dan aku semakin berdebar. kengkawan aku berdebar nak naik pelamin..aku plak berdebar nak sambung hidup. hiks...!

No comments: