Tuesday, January 27, 2009

Undecided planning..huh!

Kalau mengikut apa yang dirancangkan, insyaallah pertengahan tahun ini tamatlah pengajian aku sebelum insyaallah bulan July ini aku akan memulakan kehidupan baru di US dengan menyambung lagi pengajian aku. tapi itu hanya rancangan...harap-haraplah apa yang dirancangkan itu menjadi kenyataan.
kesibukkan dengan assigment, project akhir iaitu LC ATS utk les copaque's sdn bhd dan juga i-learn center, serta komitment aku yang lain....membuatkan aku benar-benar sibuk. bukan sekadar menyibukkan diri. Esok malam aku akan pulang ke KL setelah beberapa hari meluangkan masa di kampung halaman tercinta. sambut Chinese New Year kat sini.
dalam ruang waktu yang ada...aku dan seseorang itu sedang merancang percutian. sangat undecided! bulan februari ni ada class trip ke langkawi, tapi aku tak sure lagi nak pergi atau tidak. kenapa? erm...biarlah aku malas la. lagipun dah biasa dah ke langkawi. percutian yang dirancangkan kali ini ada dua tempat. Masih lagi dalam rangkaan. Bukan apa,kalau boleh aku nak minimise kan badget. Aku tak mahu membazir. janji happening trip holiday ni! Tu yang penting. Destinasi yang masih menjadi perancangan di kepala otak kami adalah seperti di bawah:

1) Hat Yai ,Bangkok


atau

2) Medan, Danau Toba

Pening juga nak buat keputusan mana nak pergi. Any ideas??

Monday, January 19, 2009

Hujung minggu yang meletihkan..tapi tetap happening walaupun tak ke konsert Butterfingger.

Hujung minggu aku berakhir dengan keletihan. sabtu, aku menghabiskan masa sekitar Kuala Lumpur. Ke Midvalley tengokkan MITC Job fair dan Postgrad Fair lepas tu menghabiskan masa di sekitar Jalan TAR, berpusing cari blouse, skirt dan sebagainya. Hari ini, menyaksikan aku makan dengan sangat banyak. Cendul,satay Hj samsuri, keropok lekor, sata,apam balik dan apa lagi ek?aku dah tak ingat...cuma yang pastinya...tiada nasi! sekali sekala ke pasar sabtu Jln TAR, mmg happenning. Kecur liur tgk semua makanan. Kena plak fav aku...aish...tapi aku kuatkan semangat juga tangan ini tak mencapai Nasi Kerabu. Aku berjaya...sebelum balik, aku menggatalkan diri dengan menimbang berat. Hoyeay.....kurang 3 kilo. ahahaha..happynya. Hari ni je, aku dah habiskan dekat RM250. ehehehehe..saja salah sangka. ingat aku makan sampai jumlah besar camtu ke? aish..gila apa...tu dah bleh open table dah tu. Aku berhabis dekat Rm200 di MPH midvalley. nak tahu aku beli apa?hhiihi..tgk la pic bawah ni! ahahahha...





So, skrang aku dah ada lengkap satu set hasil karya Stephanie Meyer. Jgn tatau...gile sangat aku pada Edward Cullen. Aish..sangat gile ni! Kalau stephenie Meyer tahu la..mesti dia gelak guling-guling. Aish..takpe...bukan selalu. So skrang utk sem ini...will be no more novel. Selagi novel-novel ni tak habes baca. (bila la agaknya ek..ahahha). tu la tamak sgt...! Bukan apa....susah sangatlah nak dapat buku ni..asik sold out tiap kali aku nak. aish...akibatnya..lingkup duit aku bulan ni. ehehehhe....

Penat bepusing, aku pun pulang ke umah. Hujung minggu ku belum berakhir kerana ahad masih ada banyak aktiviti untuk ku habiskan. Penat....sampai aku tak sedar jam berapa aku tidur. sedar-sedar dah berselebung comforter.


Hari ahad aku bermula seawal jam 9 pagi. Aku bertolak ke KL sentral menaiki rapidKL kemudian transit di KLSentral amik komuter ke sentul. dari stesyen komuter sentul, aku berjalan sehingga ke KLPac. Boleh tahan jugalah perjalanan.sampai je dah dekat jam 12tgh, jadi based on jadual yang kami dapat dan seperti yang telah di google kat website KLPac (thanks t0 fadly)..maka perjalanan seni aku pun bermula di sini. Midsummer's nite dream hasil karya Shakespear. kemudian diikuti pula Dragon Malaya, accoustic performance... showcase dari rendra zawawi. memang best.
Tapi..tak ada yang lebih best dari makan cuppycake yang cumel dengan orang tersayang dan yang amat penting..cuppycake dia sedap. miahuahua..rasa cam nak makan lagi.Aish..nyesal tak beli banyak2 semalam!
cite pasal makan, rayanya terlalu banyak aku makan..kebab la...buah la....rojaklah..kemudia crispy popiah la....dan akhirannya nasi berlauk sotong yang mahal.
ketika KLPac juga, beberapa muka yg amat dikenali aku lihat. Antaranya, saufi jikan (pelakon zombi kampung pisang) Tony Yusoff , Douglas Lim (kopitiam) dan sapa lagi ek? ouch....dah gagal mengingati lah pulak. Apa pun..memang bestlah KLPac Open Day ni. Cuma satu part yang tak best ialah ada 3 ekor beruk betina, dua ekor beruk jantan cina,seekor beruk jantan india dan seekor beruk jantan melayu yang tak paham bahasa melayu dan tak pernah jumpa kamera. bergambar sampai menggangu public. Seb baik tak tercekik aku tgh makan..kalau tidak mahu kena lempang...dah la perangai cam malaun beruk baru kuar hutan....tergedik-gedik yang mlampau. Sampaikan orang lain yang singgah duduk kat wakaf tepi kolam tu naik nyampah dengan mereka. Aku?takyah katalah..makhluk-makhluk cam gini..bukan tahu menghargai seni..sebaliknya, datang buat sepah je. aish..geram pulak aku! Malas la nak cakap banyak..layan je lah pic kat bawah ni. hihihihi........



Akhirnya, aku balik dengan sangat kepenatan. Aku sempat tengok Faizal Tahir untuk lagu sampai di syurga dan stacy, aku stacy sebelum aku tertidur tidak sedar diri kepenatan!


Hujung minggu yang sangat membahagiakan walaupun sedikit penat!
*wink*

Thursday, January 15, 2009

Hari tersenyum...



Sejak balik semalam..aku tersenyum...
bangun pagi senyum...gosok gigi senyum..
siap-siap nak g discussion kat library pun aku senyum!
Abes discusion,keluar makan dengan si kembar.
Bukan je senyum..nak terburai isi perut ketawa...
Naik bus balik umah...mengelamun jauh...tapi kembali senyum..
Sampai rumah, buka facebook, bukak myspace..screen mesej org itu..
dan aku senyum balik..
asyik senyum je.
Dia pula...mula risau. tatau la apa yang dirisaukan...
Aku pula senyum...

Nampaknya hari ini hari bersenyum,semoga esok tidak menangis.
By the way...raya Cina ni,aku balik Penang. Harap-harap tak berjumpa dengan orang yang tak sepatutnya. Aku nak kekalkan senyuman manis ni! heh!

Tuesday, January 13, 2009

wajah-wajah Futsal 2008...







tetiba teringat kenangan bermain futsal ngan team kapasitor. Rindu plak rasanya pada wajah-wajah yang bermain futsal. Dah lama aku tak outting bersama mereka...bahkan di ruang chetrum juga aku semakin berkurangan. Kesibukkan sgt membataskan segalanya.
Dua trainning futsal di dua lokasi berbeza..satu di SP,Shah Alam dan satu di SB, Petaling Jaya.
Jom layan...hihihi

p/s: aku rindu nak futsal...tapi keadaan kesihatan tak mengizinkan...

Monday, January 12, 2009

tentang seseorang....

Angah tanya,kenapa aku dah lama tak update blog... bahkan..sementara waktu ini juga aku berhenti seketika menyambung novel rantai aku... banyak cite aku nak catatkan disini...tapi aku tak tahu bagaimana mahu menyusun kata-kata.. beberapa hari menyepi ini...bukan aku sengaja menyepi. Seperti yang aku catatkan dalam wishlist aku, sebolehnya aku ingin memberikan tumpuan sepenuhnya pada pelajaran dan pengajian aku. Cuma beberapa bulan lagi..aku akan bergelar graduan..harapan aku...konvo dengan cemerlang.

Untuk ke kelas..aku perlu bangun seawal jam 6 pagi..bersiap-siap, kemudian berebut bus dari rumah ke seksyen 2, then amik bus ke Puncak Perdana. Kalau naik bus universiti kira-kira setengah jam perjalanan..tapi kalau naik bus rapidKL, perjalanan hampir memakan masa sejam. Tu blom lagi part tolak menolak nak naik bas. Kebiasaan aku akan tiba jam 8.15 pagi kalau aku amik bus jam 7.45 pagi ataupun tiba jam 8.55 pagi jika aku amik bus jam 8 pagi untuk ke kelas jam 9 pagi. Kelas aku pulak hanya hari isnin dan selasa..rabu hingga jumaat aku berkerja. tapi...mungkin ini bulan terakhir aku berkerja. Kenapa?Jap lagi aku beritahu kenapa!

Oh ya...aku baru je pulang dari
UUM kerana mengikuti karniawan.. Tahun ketiga aku mengikuti karniawan, dan seperti biasa...di akhir karniawan aku pasti menangis. cam sumpahan je..setiap kali karniawan aku nanges...cuma kali ni lebih teruk sampai demam panas dan kena hantar ke pusat perubatan UUM (PKU)..ehhehe..thanks kat Wei (smart team UUM utk karniawan) yg claim balik duit perubatan aku. hihih...

Tahun lalu....karniawan di UM...dan pengarah projek karniawan itu adalah seseorang yang pernah aku cintai. Hari terakhir karniawan tahun lalau..dinner di Hotel Istana pada birthday eve aku. Sayu sgt..saat aku tunggu dia datang ke kolej 12 dan aku tunggu dia sepanjang malam. walaupun tahun ini, dah nak masuk tahun ke-3 kami putus....tapi aku masih sayangkan dia. Gilakan? kata member aku, dia cinta petama aku walaupun dia bukanlah yang pertama aku.Walaupun aku ni jenis species yang mudah jatuh suka pada org tapi...aku sgt susah nk cintakan org...dan sekali aku cintakan org itu..aku betul2 cintakan dia! Aku menangis waktu aku dapat tahu dia dah kahwin...tambah pula dengan perempuan yang aku sangat kenali...
Pastu pulak, karniawan kali ini...Fred bgtau...dia blom kahwin. bagai nak luluh rasa hati. Dah la tgh demam!. Pertukaran cuaca yang tak menentu...panas yg teramat terik siang hari dan sejuk yg melampau-lampau..buatkan aku demam panas. Datin dan Puan Z yang jaga aku ketika demam...dan aku byk berterima kasih pada mereka. sayangnya..ketika malam terakhir..iaitu majlis makan malam..satu salah paham tercetus antara Puan Z pada aku...menyebabkan puan Z sgt marahkan aku. Aku sangat sedih...sampai aku menangis.
Semuanya salah paham..dan aku tersepit di tengah. Aku hilang mood sangat..mujurlah malam itu, kami terus balik ke Shah Alam setelah Datin memberi kebenaran pada aku dan kontigen untuk balik malam itu jugak. Aku dah cukup masak perangai Puan Z dan Kak E, jadi perkara yang terbaik, aku akan berhenti keje cukup bulan ini dengan alasan aku tak mampu memberi komitment. Bukan sebab aku tak mampu tahan dengan mereka...aku di pihak benar..ada saksi, jadi aku tak perlu gusar. Cuma, aku tak suka, berkerja dlm suasana yg penuh politikal,iri hati,hasad dengki, dan saling menyalahkan orang lain atas kesalahan sendiri. Perkara remeh pun nak salahkan org. Dah lama aku pendamkan rasa hati...sejak Puan N masuk sbgai AR di sini..dan tak lama lagi Kak Zai pun akan pindah. AKu dah tak rasa seronok nak keje di sini. So better aku blah je.. dan berikan tumpuan sepenuhnya pada pelajaran dan proposal aku. tu lah sebab mengapa aku nk berhenti keje sekarang ni...

Berbalik pada kisah cinta tak kesampaian aku...aku redha dengan haluan yang kami pilih. Aku dan dia..kami tersepit antara cinta,cita-cita,amanah dan tanggungjawab. Lalu, kami terpaksa memilih jalan masing-masing dan cuba tidak melukakan hati mana-mana pihak. saat kami mencuba utk mejaga hati masing-masing itu...sebenarnya kami melukakan lagi hati masing-masing. Aku melukakan hati aku dan jua hati dia.. tapi aku tak mampu bohongi hati aku..yang aku masih sayangkan dia walaupun aku tak lagi menanti dia. Aku sedar, aku telah buat pilihan untuk menerima cinta yang lain...dan aku sedang menyesuaikan diri dengan cinta baru.. Dia mungkin bukanlah sehebat cinta pertama aku...tapi dia sentiasa cuba memberikan aku yang
terbaik, jadi apa lagi yang perlu aku harapkan..? Kalau ditanya tentang bahagia...aku tak tahu...aku tak pasti sama ada aku bahagia. Mungkin seketika aku bahagia..dan bahagia untuk satu tempoh yang lama..aku tak pasti..sebab hati aku masih lagi mencari makna cinta dan bahagia itu. Justeru itu...aku nekad..aku perlu mengejar cita-cita aku melebihi cinta ketika aku masih lagi samar akan nilai cinta aku.

Aku sekarang sedang sibuk memilih universiti dan jurusan serta tajuk research proposal untuk sambung master. Ada beberapa pilihan universiti.. tapi aku masih m
engkaji universiti-univesiti tersebut. Besa kemungkinan aku akan ke New Zealand atau ke Canada. Bidang pengajian aku pilih ialah Project management atau strategik planning. Oh ya..kredit dan ucapan ribuan terima kasih kepada Encik ASO dan bonda Dr Zuraidah Abdul Manaf..yang sudi membantu aku menyediakan draft proposal untuk dihantar. Oh ya..aku mungkin akan amik research utk master...macam malas nk buat coursework. ehehheheh... em..sblom lupa, penngurusan fakulti juga dah berubah,and congrate pada bonda Dr Zuraidah Abdul manaf. Pertama, beliau kini dah bergelar doktor yg membawa title Dr. dan kedua sebab kini beliau telah menjawat jawatan selaku timbalan dekan penyelidikkan dan kualiti di fakulti aku. aku ingat lagi waktu hari pertama aku berjumpa dia di pejabat dia...dia dah suruh aku cepat-cepat habiskan pengajian..sambung master pastu bleh kawen katanya. ahahahha..ketawa besar aku dengar! wah...dah lama tak menulis...bila dah menulis..panjang pulak. oklah..kat sini aku attachkan sedikit pic ketika aku kuar ngan Ain, Sya,dan Jue sblom aku ke UUM.
Girls outting ke OU dan Sunway Piramid
oh ya lupa plak....ada seseorang mendedikasikan puisinya pada aku....aku letakkan juga pada entry kali ini...ehhehe..panjang tul entry aku kali ni..ahahhahah

For Alya
No word can describe,
what you mean to me
No wealth on earth can compare
The treasure in you that I see

As I watch cloud floating above the sky
Remembering all those time,
without you nearby

Struck me with foreign emotion
That I just can’t lie
I miss you

dan juga ini.....eheheh


Princess
If I found another girl
It wouldn’t be quite the same

Even if I travel around the world
My heart is for you & There,
it shall remain

Sometimes, we fight
Tomorrow, surely it will be alright
If its dark in the night,
You are my shining light
For me,
You are my princess,

The one that i chose,
above all the rest

The only princess in my life,

A title that I give for you

Because I know,

You deserve nothing less

jom layan Leave It All The Rest by Lirkin Park..and ofkos...semua tentang dia...tentang cinta yang tak kesampaian..tentang cinta baru yang belum tahu...tentang seseorang pastinya...dan juga ttg seseorang yang aku dah lama tak bertegur sapa dengan dia...dan tiba-tiba dia berada di chatroom...untuk semualah yang pernah singgah dlm hidup aku...

Layan je la labu..otak aku dah sengal! sangat tidak terurus...tekak yang sangat sakit...suara yang hilang..aku nak karok wei.. well dear readers, inilah aku...hampir tidak waras!

se perkara lagi, novel twilight aku dah nak abes baca...skrang tunggu nak mula baca new moon! yahoo...demmit, aku jatuh cinta kat edward cullen!! aku nak edward cullen............aku nak jadi Isabella Swan.... ops! bukan aku suka robert pettinson k..aku cuma suka watak edward cullen dlm novel. sbb edward sgt romantic dan kelakar also overprotectative. Excuse me..can i have a vampire's boyfriend?? hiks...

dah dah...aku nak mandi..lagi layan..lai byk aku merepek!!!
boi!

Friday, January 2, 2009

Kisah tahun baru lagi...

Tahun baru 2009 telah menggantikan 2008. semoga tahun baru yang mendatang ini membawa seribu satu rahmat pada aku dan sekeluarga.
Terlalu banyak ujian pahit dan manis. Lebih banyak pahit dari manis sebenarnya. Aku harap...kehadiran tahun baru ini membewa kegembiraan dan kebahagian.

Saat jam berputar mencecah 12 tgh malam tahun baru, aku sedang menikmati irama chopin nocturn dan waltz dengan tenang.

Bahagia...

Biar masa tentukan kelak!