Monday, January 19, 2009

Hujung minggu yang meletihkan..tapi tetap happening walaupun tak ke konsert Butterfingger.

Hujung minggu aku berakhir dengan keletihan. sabtu, aku menghabiskan masa sekitar Kuala Lumpur. Ke Midvalley tengokkan MITC Job fair dan Postgrad Fair lepas tu menghabiskan masa di sekitar Jalan TAR, berpusing cari blouse, skirt dan sebagainya. Hari ini, menyaksikan aku makan dengan sangat banyak. Cendul,satay Hj samsuri, keropok lekor, sata,apam balik dan apa lagi ek?aku dah tak ingat...cuma yang pastinya...tiada nasi! sekali sekala ke pasar sabtu Jln TAR, mmg happenning. Kecur liur tgk semua makanan. Kena plak fav aku...aish...tapi aku kuatkan semangat juga tangan ini tak mencapai Nasi Kerabu. Aku berjaya...sebelum balik, aku menggatalkan diri dengan menimbang berat. Hoyeay.....kurang 3 kilo. ahahaha..happynya. Hari ni je, aku dah habiskan dekat RM250. ehehehehe..saja salah sangka. ingat aku makan sampai jumlah besar camtu ke? aish..gila apa...tu dah bleh open table dah tu. Aku berhabis dekat Rm200 di MPH midvalley. nak tahu aku beli apa?hhiihi..tgk la pic bawah ni! ahahahha...





So, skrang aku dah ada lengkap satu set hasil karya Stephanie Meyer. Jgn tatau...gile sangat aku pada Edward Cullen. Aish..sangat gile ni! Kalau stephenie Meyer tahu la..mesti dia gelak guling-guling. Aish..takpe...bukan selalu. So skrang utk sem ini...will be no more novel. Selagi novel-novel ni tak habes baca. (bila la agaknya ek..ahahha). tu la tamak sgt...! Bukan apa....susah sangatlah nak dapat buku ni..asik sold out tiap kali aku nak. aish...akibatnya..lingkup duit aku bulan ni. ehehehhe....

Penat bepusing, aku pun pulang ke umah. Hujung minggu ku belum berakhir kerana ahad masih ada banyak aktiviti untuk ku habiskan. Penat....sampai aku tak sedar jam berapa aku tidur. sedar-sedar dah berselebung comforter.


Hari ahad aku bermula seawal jam 9 pagi. Aku bertolak ke KL sentral menaiki rapidKL kemudian transit di KLSentral amik komuter ke sentul. dari stesyen komuter sentul, aku berjalan sehingga ke KLPac. Boleh tahan jugalah perjalanan.sampai je dah dekat jam 12tgh, jadi based on jadual yang kami dapat dan seperti yang telah di google kat website KLPac (thanks t0 fadly)..maka perjalanan seni aku pun bermula di sini. Midsummer's nite dream hasil karya Shakespear. kemudian diikuti pula Dragon Malaya, accoustic performance... showcase dari rendra zawawi. memang best.
Tapi..tak ada yang lebih best dari makan cuppycake yang cumel dengan orang tersayang dan yang amat penting..cuppycake dia sedap. miahuahua..rasa cam nak makan lagi.Aish..nyesal tak beli banyak2 semalam!
cite pasal makan, rayanya terlalu banyak aku makan..kebab la...buah la....rojaklah..kemudia crispy popiah la....dan akhirannya nasi berlauk sotong yang mahal.
ketika KLPac juga, beberapa muka yg amat dikenali aku lihat. Antaranya, saufi jikan (pelakon zombi kampung pisang) Tony Yusoff , Douglas Lim (kopitiam) dan sapa lagi ek? ouch....dah gagal mengingati lah pulak. Apa pun..memang bestlah KLPac Open Day ni. Cuma satu part yang tak best ialah ada 3 ekor beruk betina, dua ekor beruk jantan cina,seekor beruk jantan india dan seekor beruk jantan melayu yang tak paham bahasa melayu dan tak pernah jumpa kamera. bergambar sampai menggangu public. Seb baik tak tercekik aku tgh makan..kalau tidak mahu kena lempang...dah la perangai cam malaun beruk baru kuar hutan....tergedik-gedik yang mlampau. Sampaikan orang lain yang singgah duduk kat wakaf tepi kolam tu naik nyampah dengan mereka. Aku?takyah katalah..makhluk-makhluk cam gini..bukan tahu menghargai seni..sebaliknya, datang buat sepah je. aish..geram pulak aku! Malas la nak cakap banyak..layan je lah pic kat bawah ni. hihihihi........



Akhirnya, aku balik dengan sangat kepenatan. Aku sempat tengok Faizal Tahir untuk lagu sampai di syurga dan stacy, aku stacy sebelum aku tertidur tidak sedar diri kepenatan!


Hujung minggu yang sangat membahagiakan walaupun sedikit penat!
*wink*

No comments: