Untuk ke kelas..aku perlu bangun seawal jam 6 pagi..bersiap-siap, kemudian berebut bus dari rumah ke seksyen 2, then amik bus ke Puncak Perdana. Kalau naik bus universiti kira-kira setengah jam perjalanan..tapi kalau naik bus rapidKL, perjalanan hampir memakan masa sejam. Tu blom lagi part tolak menolak nak naik bas. Kebiasaan aku akan tiba jam 8.15 pagi kalau aku amik bus jam 7.45 pagi ataupun tiba jam 8.55 pagi jika aku amik bus jam 8 pagi untuk ke kelas jam 9 pagi. Kelas aku pulak hanya hari isnin dan selasa..rabu hingga jumaat aku berkerja. tapi...mungkin ini bulan terakhir aku berkerja. Kenapa?Jap lagi aku beritahu kenapa!
Oh ya...aku baru je pulang dari UUM kerana mengikuti karniawan.. Tahun ketiga aku mengikuti karniawan, dan seperti biasa...di akhir karniawan aku pasti menangis. cam sumpahan je..setiap kali karniawan aku nanges...cuma kali ni lebih teruk sampai demam panas dan kena hantar ke pusat perubatan UUM (PKU)..ehhehe..thanks kat Wei (smart team UUM utk karniawan) yg claim balik duit perubatan aku. hihih...
Tahun lalu....karniawan di UM...dan pengarah projek karniawan itu adalah seseorang yang pernah aku cintai. Hari terakhir karniawan tahun lalau..dinner di Hotel Istana pada birthday eve aku. Sayu sgt..saat aku tunggu dia datang ke kolej 12 dan aku tunggu dia sepanjang malam. walaupun tahun ini, dah nak masuk tahun ke-3 kami putus....tapi aku masih sayangkan dia. Gilakan? kata member aku, dia cinta petama aku walaupun dia bukanlah yang pertama aku.Walaupun aku ni jenis species yang mudah jatuh suka pada org tapi...aku sgt susah nk cintakan org...dan sekali aku cintakan org itu..aku betul2 cintakan dia! Aku menangis waktu aku dapat tahu dia dah kahwin...tambah pula dengan perempuan yang aku sangat kenali... Pastu pulak, karniawan kali ini...Fred bgtau...dia blom kahwin. bagai nak luluh rasa hati. Dah la tgh demam!. Pertukaran cuaca yang tak menentu...panas yg teramat terik siang hari dan sejuk yg melampau-lampau..buatkan aku demam panas. Datin dan Puan Z yang jaga aku ketika demam...dan aku byk berterima kasih pada mereka. sayangnya..ketika malam terakhir..iaitu majlis makan malam..satu salah paham tercetus antara Puan Z pada aku...menyebabkan puan Z sgt marahkan aku. Aku sangat sedih...sampai aku menangis. Semuanya salah paham..dan aku tersepit di tengah. Aku hilang mood sangat..mujurlah malam itu, kami terus balik ke Shah Alam setelah Datin memberi kebenaran pada aku dan kontigen untuk balik malam itu jugak. Aku dah cukup masak perangai Puan Z dan Kak E, jadi perkara yang terbaik, aku akan berhenti keje cukup bulan ini dengan alasan aku tak mampu memberi komitment. Bukan sebab aku tak mampu tahan dengan mereka...aku di pihak benar..ada saksi, jadi aku tak perlu gusar. Cuma, aku tak suka, berkerja dlm suasana yg penuh politikal,iri hati,hasad dengki, dan saling menyalahkan orang lain atas kesalahan sendiri. Perkara remeh pun nak salahkan org. Dah lama aku pendamkan rasa hati...sejak Puan N masuk sbgai AR di sini..dan tak lama lagi Kak Zai pun akan pindah. AKu dah tak rasa seronok nak keje di sini. So better aku blah je.. dan berikan tumpuan sepenuhnya pada pelajaran dan proposal aku. tu lah sebab mengapa aku nk berhenti keje sekarang ni...
Berbalik pada kisah cinta tak kesampaian aku...aku redha dengan haluan yang kami pilih. Aku dan dia..kami tersepit antara cinta,cita-cita,amanah dan tanggungjawab. Lalu, kami terpaksa memilih jalan masing-masing dan cuba tidak melukakan hati mana-mana pihak. saat kami mencuba utk mejaga hati masing-masing itu...sebenarnya kami melukakan lagi hati masing-masing. Aku melukakan hati aku dan jua hati dia.. tapi aku tak mampu bohongi hati aku..yang aku masih sayangkan dia walaupun aku tak lagi menanti dia. Aku sedar, aku telah buat pilihan untuk menerima cinta yang lain...dan aku sedang menyesuaikan diri dengan cinta baru.. Dia mungkin bukanlah sehebat cinta pertama aku...tapi dia sentiasa cuba memberikan aku yang terbaik, jadi apa lagi yang perlu aku harapkan..? Kalau ditanya tentang bahagia...aku tak tahu...aku tak pasti sama ada aku bahagia. Mungkin seketika aku bahagia..dan bahagia untuk satu tempoh yang lama..aku tak pasti..sebab hati aku masih lagi mencari makna cinta dan bahagia itu. Justeru itu...aku nekad..aku perlu mengejar cita-cita aku melebihi cinta ketika aku masih lagi samar akan nilai cinta aku.
Aku sekarang sedang sibuk memilih universiti dan jurusan serta tajuk research proposal untuk sambung master. Ada beberapa pilihan universiti.. tapi aku masih mengkaji universiti-univesiti tersebut. Besa kemungkinan aku akan ke New Zealand atau ke Canada. Bidang pengajian aku pilih ialah Project management atau strategik planning. Oh ya..kredit dan ucapan ribuan terima kasih kepada Encik ASO dan bonda Dr Zuraidah Abdul Manaf..yang sudi membantu aku menyediakan draft proposal untuk dihantar. Oh ya..aku mungkin akan amik research utk master...macam malas nk buat coursework. ehehheheh... em..sblom lupa, penngurusan fakulti juga dah berubah,and congrate pada bonda Dr Zuraidah Abdul manaf. Pertama, beliau kini dah bergelar doktor yg membawa title Dr. dan kedua sebab kini beliau telah menjawat jawatan selaku timbalan dekan penyelidikkan dan kualiti di fakulti aku. aku ingat lagi waktu hari pertama aku berjumpa dia di pejabat dia...dia dah suruh aku cepat-cepat habiskan pengajian..sambung master pastu bleh kawen katanya. ahahahha..ketawa besar aku dengar! wah...dah lama tak menulis...bila dah menulis..panjang pulak. oklah..kat sini aku attachkan sedikit pic ketika aku kuar ngan Ain, Sya,dan Jue sblom aku ke UUM.
For Alya
No word can describe,
what you mean to me
No wealth on earth can compare
The treasure in you that I see
As I watch cloud floating above the sky
Remembering all those time,
without you nearby
Struck me with foreign emotion
That I just can’t lie I miss you
dan juga ini.....eheheh
Princess
If I found another girl
It wouldn’t be quite the same
Even if I travel around the world
My heart is for you & There,
it shall remain
Sometimes, we fight
Tomorrow, surely it will be alright
If its dark in the night,
You are my shining light
For me,
You are my princess,
The one that i chose,
above all the rest
The only princess in my life,
A title that I give for you
Because I know,
You deserve nothing less
jom layan Leave It All The Rest by Lirkin Park..and ofkos...semua tentang dia...tentang cinta yang tak kesampaian..tentang cinta baru yang belum tahu...tentang seseorang pastinya...dan juga ttg seseorang yang aku dah lama tak bertegur sapa dengan dia...dan tiba-tiba dia berada di chatroom...untuk semualah yang pernah singgah dlm hidup aku...
Layan je la labu..otak aku dah sengal! sangat tidak terurus...tekak yang sangat sakit...suara yang hilang..aku nak karok wei.. well dear readers, inilah aku...hampir tidak waras!
se perkara lagi, novel twilight aku dah nak abes baca...skrang tunggu nak mula baca new moon! yahoo...demmit, aku jatuh cinta kat edward cullen!! aku nak edward cullen............aku nak jadi Isabella Swan.... ops! bukan aku suka robert pettinson k..aku cuma suka watak edward cullen dlm novel. sbb edward sgt romantic dan kelakar also overprotectative. Excuse me..can i have a vampire's boyfriend?? hiks...
dah dah...aku nak mandi..lagi layan..lai byk aku merepek!!!
boi!
No comments:
Post a Comment