Friday, October 17, 2008

Simpang!



Dalam tulus bicara, aku tersasar lagi. terhenti lagi pada satu lagi hentian yang mendesak kepada dua simpang jalan. aku buntu menghala ke arah persimpangan mana yang harus aku ambil sedangkan di sisi kanan ku atau di simpang kiri ku...yang jelas kedua simpang itu belum pasti akhirannya. Selepas simpang itu pastinya aku ketemu lagi simpang yang seakan sama yang akan minta aku berhenti sekali lagi..berfikir dan mencari kekuatan me lalui jalanan yang akan ku rentasi.
Pilihan apa lagi yang masih tinggal. biar apa pun jalan yang aku pilih..aku tetap ketemu dengan simpang yang sangat serabut dan memeningkan. yang menuntut kesabaran dan kekuatan.

Bawa aku ke dalam dakapan mu..
peluk ku erat

jangan tingalkan aku sendiri

aku ingin di belai dan di manjakan

oleh sang pencinta yang menyintai ku
dengan ketulusan


Cinta..terlalu besar tafsiran kata...terlalu banyak cabang cinta. Cinta itu membawa kepada kejayaan, cinta juga membawa kepada kemusnahan...cinta memberi kekuatan..cinta juga membunuh jiwa, cinta itu ubat..tapi satu masa cinta itu racun. Aku tak mahu hipokrit pada hati..berkata bahawa cinta pada Allah adalah cinta hakiki..kerana acapkali manusia ingat akan cinta hakiki Allah pabila tewas atau berada dalam kekecewaan. sedangkan saat indah dilambung kasmaran, cinta pada Ilahi di lupa langsung. Hipokrit!! Dusta!!

aku buntu..samar dan haus
di pertengahan simpang

saat ini aku ingin menangis..

aku rindukan pelukan kamu..

aku ingin berada dalam pelukkan

meluahkan rasa hati dan hiba jiwa
mahu kamu mendengarr bisikan manja ku
memujuk ku dengan canda mu
membuatkan aku lupa seketika gelora hati

aku mahu kamu..

memegang aku sekuat mungkin

setelah lama aku hanyut mencari makna kecewa
setelah dilukakan
aku mendambakan cinta kamu..
pegang aku erat dalam pelukkan mu
jangan lagi lepaskan aku..
jangan biar aku ketemu lagi simpang itu
tanpa kamu di sisi
...


dan petikan gitar itu terus berkumandang. memainkan irama indah percintaan sedangkan hati lara mendamba kekasih.

Aku yang berkeseorangan..dalam renungan bintang di langit malam.

No comments: