Sunday, September 26, 2010

Open House..close heart~

Still dalam mood raya...dan juga kesibukan kerja.

Terasa beza giler time belajar dengan zaman kerja. Yelah..time belajar kat uni...lepas raya je sibuk ngan exam dan sibuk meng"attend" open house sana sini. Tu tak termasuk lagi jemputan VVIP.

Tapi bila dah kerja...sibuk dengan kerja...sabtu ahad pulak diisi dengan open house rakan-rakan sekerja yg berdekatan. Kadang-kadang risau juga, takut2 kalau kawan-kawan yg lain ingat aku dah lupakan diorg. tapi masalahnya...masa kerja yg berbeza yang dan kebetulan open house rakan-rakan sekerja pun bertepatan waktu kerja...sebagai contohnya..

  • open house umah Gina last week pada hari selasa jam 11.00 malam....
  • open house umah Kak Saadiah pada jam 9.00 malam sabtu(semalam)..
  • dan hari ni..open house umah kak sue yg sepatutnya pada kul 3.00ptg tapi ditunda khas ke pukul 8.00 malam kerana kami semua sibuk berkerja

Rumah Gina dan Kak Saadiah memang buat aku kenyang habis...sampai tak boleh buka mata dah. asyik suruh makan..makan dan makan....huhuhuhu..umah kak sue pun malam ni tak boleh blah gak. Nasi minyak, macroni bakar,spaggeti,sate..roti jala...wah!!!! kembung perut....

okeh!! kosongkan perut dulu!! hehehe...

Lupakan kejap pasal makan....ni pasal close heart. Baru2 ni....dah berlaku kejadian jejak kasih antara aku dan kawan ku yang senget sorang ni. Member time uni...sapa lagi brother alleycats"terima kasih" sorang ni... memang best abes la bual ngan dia...tapi spoilt sikit..bila mana dia sebut pasal anak dato sorang dari kelantan ni..... Damnnnn! Tak sukanya!!! dah lama giler aku tak dengar cite and aku rasa aku dah hampir berjaya lupakan si Wan H. Memang mood aku habis giler. Akibatnya..sepajang hari aku hingga rini aku teringatkan dia. Mungkin dia pernah singgah dalam hidup aku sekejap...tapi sukar betul untuk aku lupakan dia. Mungkin dia cinta pertama aku walaupun cinta monyet. Tapi dia pernah bertakhta dalam hati aku agak lama...

Sungguh spageti goreng sungguh!! Arghhhhh!!!!!!

tension!! ok...sbb depress dan tension..mau makan.



p/s: sorry angah...in tau in janji nak lupakan dia...tapi ntah la.....


Wednesday, September 22, 2010

sakit entry..

Betul la kata org....org sakit ni mengidam macam2. Demam...selesema..and backpain. Cukup alasan utk aku mc today.

dan bila sakit ni la...rasa nak makan half boiled egg la...nk tgk wayang la...

masa sihat...langsung tak terlintas. Padahal keje pun dalam mall je...

isk isk isk..teruk tul!

Tuesday, September 21, 2010

Depression entry...

Lately...too many things happen. Berada di dept baru..mmg memenatkan. Penat otak..penat akal...penat badan dan sebagainya. Tapi, kena juga stay strong. Aku tak boleh mengalah.

Keadaan kesihatan agak terganggu. Mungkin aku agak baru dengan waktu berkerja di depart baru. Tapi...sungguh menyedihkan..di dept baru..aku betul2 lonely. Memang la aku kenal bebudak kat dept ni..tapi entah napa.....apa yg berlaku pada papa Lua membuatkan aku lebih suka menyendiri. sekurang-kurangnya beban tu kurang sikit.

Masih menjadi misteri...di mana papa Lua menghilang. Cuma..skrang ni..semua pun pretend cam takde apa2 jadi. Papa Lua dah buat confession kat Balai Polis. Mengaku dia yang bertanggungjawab bakar HQ. Tapi..sejauh mana kebenarannya..only him and God know.

BEST pun skrang terkontang kanting. Takde pengganti. Nasib masingt-masing pun tak pasti lagi. Bebudak BEST dah cam family aku..sekurang-kurangnya...aku tak rasa keseorangan disini. Kalu dulu di Shah Alam..aku tak rasa sangat. Aku ada fatah...ada angah...ada Izan...ada kwn2 yang berada di Shah Alam. Tapi skrang....dengan kengkangan kerja..belajar sebagai....hanya inilah kawan yang aku ada. Susah senang!

oh ya..dalam mood yang tak bape best skrang ni....semalam..kami buat suprise party utk Gina. Actually ni sume idea Hussen... Lepak umah Gina kat USJ..sambil celebrate birthday dan beraya ngan Gina dan family dia....mmg best. Gelak je sentiasa. Hilang sekejap rasa gundah gelana dalam hati. Anyhow...Happy Birthday to Gina. May Allah bless u always. nnt dah dapat pic kat umah Gina..aku upload. cam dah lama dah tak upload pic sendiri yang terbaru.

Aku rasa...aku patut masuk tido. dengan keadaan kesihatan yang tak bape ok sangat..sok nak bangun pagi g keje....harap2 Allah bagi aku kekuatan utk teruskan beberapa ari lagi kat dept ni. Training aku akan habis bulan nov...dan sehingga itu...aku kena sabar and pretend like nothing happen. Tuhan je la yg tau.

Doakan aku ye...

Saturday, September 11, 2010

Wonderwall..



Tgh addicted ngan WonderWall by Oasis.


yosh..i want my wonderwall...huhuhuhuhu...

Friday, September 10, 2010

raya rant (1 syawal)

Definisi untuk 'the other half'?
When we're better when we're with them.

Quote from Hlovate. Baru lepas mengabiskan "Rooftop Rant..." Dan aku suka dengan definisi "the other half..", soulmate dan sebagainya la.

Syawal adalah seperti biasa. Kebetulan,cuti pun tak lama. Perbezaan syawal kali ini ialah...kalau selalunya aku yang terima duit raya, tapi kali ini aku pulak kena keluarkan duit raya. Syawal kali ini pun....ramai dah tiada. Arwah Achik dah almost 10 years tinggalkan kami...namun setiap kali malam raya, mesti terasa seakan-akan arwah masih hidup. Kami masih menanti kepulangannya di malam raya. Raya tahun ni jugak...Pak Long pun dah takde. Dah setahun paklong pergi...selalunya pak long la orang yang tak pernah missed bagi duit raya walau dah besar gajah.

Alhamdullilah, perjalanan puasa aku kali ini amat menggembirakan. Tak memenatkan aku..walaupun dalam kelam-kabut sibuk dekat outlet...then dengan warehouse sale lagi sampai seminggu. Ramadhan pertama pada aku berbuka beramai2 ketika berkerja. Mujur ada Gina, Khaty, Farah, Hussen, Mag, Kak Suzie, Guna. Kalau kat Warehouse sale...ada kacang, joe, ridho, botak..ben..walter dan yang lain2. Kena bergilir2 makan... adakalanya time buka dengan air je...sampi kul 10.30mlm baru dapat makan nasi. Punyalah sibuknya.

Dan di akhir ramadan juga...banyak perkara yang tidak dijangka berlaku. Papa Lua is quitting as GM. It mean...we're going to get a new GM for BEST. Sedih sungguh sampai speechless..tak mampu nak kata apa bila Papa Lua ckp dia dan handover resignation letter and tunggu nak handover task pada new person in charge. Same goes to Kak Irdah..she also quit. Tapi tak menyedihkan sangat sebb dah lama dia menyanyi nak berhenti..so semua org pun dah expect dia henti.

And..a very surprising..keesokkannya pula...selepas papa Lua buat pengumuman mengejutkan tu..kami dikejutkan lagi dengan berita HQ terbakar. Mujurlah..time kejadian,we all semua tgh buat removal selepas warehouse sale. Alhamdullilah..nobody get injured. pada rakan-rakan yang antar sms tanya khabar dan doakan kesejahteraan aku tu..thanks so much. Alhamdullilah...aku tak terlibat dalam kebakaran tu..termasuklah budak2 BEST yang lain. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui. Syukur atas rahmatnya.

Lepas raya ni...iaitu lagi 3 ari dari entri ni..aku akan masuk kerja semula. Kali ni..aku tak lagi di outlet. Tapi aku dah kat office. Sebulan lagi untuk aku lengkapkan training aku. Kemudian sibuk dengan report2 segala bagai. Dalam masa yang sama...next week aku dah start mengajar semula kat UiTM. Penat tapi...insyaallah..aku kena gak berusaha keras. Nak kena beli laptop baru...maklumlah laptop lama dah rosak. huhuhu....

Bukan sahaja sebab tu...tapi skrang pun dah start kena kumpul duit. Nak bayar hutang kengkawan yang dah banyak tolong aku teruskan hidup.

Selain itu..insyaallah kalau takde aral melintang pihak dari pahang akan datang hujung tahun ni. sekarang ni masih nak kena cari tarikh yang sesuai nak kumpulkan semua2. hujung tahun ni insyaallah..kenduri along juga. kalau boleh taknak clash la...

haila...pejam celik..pejam celik...hari berganti hari...tahun berganti tahun. Umur semakin meningkat. Mungkin dah sampai masa untuk lebih serius dalam komitmen..haila..haila...

Well,people change....so do i...


haila...dah tua sudahhh...huhuuhu

Wednesday, September 8, 2010

pre-raya mode entry...





Dah lama tak update blog. sibuk dan sentiasa kepenatan. And as usual...living in the own space. dah mcm antisoc dah.

Sekrang ni tgh "gian" Mr Men dan Little Miss!! hehehe...Dalam masa yang sama sibuk menghabiskan banyak novel2 kat Mutiara Minda.

okeh dah lama sangat tak menulis. dah tak tahu nak menulis apa... so...layan je la lagu raya kat bawah ni. huhuhuhu