Friday, May 28, 2010

Morons...


Well..thats what i felt instead having fun there. huhu...

Thursday, May 27, 2010

Lageda Budak Setan...

Cover baru- printed dlm betuk pocket novel

Cover Lama (asal) sekitar tahun 1996-versi paperback novel.


Sinopsis Lagenda Budak Setan

Kisah bermula dengan kenakalan Kasyah, seorang pelajar kolej yang sering membuli dan mengenakan pelajar lain, bersama beberapa rakannya. Sikap dan kenakalan Kasyah berubah dengan kehadiran pelajar baru, Ayu, yang menambat hati pemuda terbabit.

Hubungan Kasyah dan Ayu bertambah erat dengan bibit percintaan mulai bercambah. Pada semester akhir, Kasyah ke kawasan pedalaman bagi menjalankan kajian untuk tugasannya. Mereka tidak berhubungan dengan harapan Kasyah dapat menumpukan perhatian pada kajiannya.

Ketika pemergian Kasyah, bekas kekasih Ayu, Azmi, muncul menagih cinta. Azmi menggunakan kedudukan dan kemewahan keluarga bagi mempengaruhi ibu Ayu, Mak Leha, agar memujuk gadis itu berkahwin dengannya. Berpura-pura sakit tenat, ibu Ayu berjaya meminta anaknya berkahwin dengan Azmi, meskipun hatinya mencintai Kasyah.

Sebaik saja pulang ke kampus, Kasyah yang tidak mengetahui perkahwinan Ayu dan Azmi, terkejut dengan berita yang diterimanya itu.

Masa berlalu, rumah tangga Ayu dan Azmi berantakan lantaran sikap Azmi yang panas baran dan pemabuk. Ayu sering dipukul. Suatu malam, akibat tidak tahan dipukul Azmi, Ayu bertindak melarikan diri dari rumah dengan memandu kereta. Ayu hilang kawalan lalu terbabit dalam kemalangan. Ayu cedera parah dan dibawa ke hospital. Mukanya hancur dan terpaksa melakukan pembedahan plastik. Wajahnya berubah, tetapi dia pulih semula. Seterusnya Ayu menuntut perceraian.

Bersama wajah berbeza dan dengan trauma kehidupan lampau, Ayu kini bertekad untuk memulakan hidup baru. Bersama wajah barunya dan dengan pampasan perceraian, dia membuka syarikat perniagaan serta menampilkan diri sebagai Emilia. Menerusi Suzana, kawan rapatnya ketika di universiti, Kasyah diambil bekerja.

Kasyah yang mulanya tidak perasan kehadiran Ayu dalam diri Emilia, mulai berasakan sesuatu kerana persamaan yang dimiliki antara dua wanita itu. Emilia mendapati Kasyah masih setia menyintai Ayu. Keadaan itu menambah deritanya apabila Kasyah tidak menerima Emilia dalam hatinya.


Al-kisahnya....tak lama lagi akan meletup la filem Lagenda Budak Setan di panggung wayang. Cite ni zaman aku sekolah tingkatan 1 dulu-dulu. Si Ahadiat Akasyah ni pun dah kategori gulung tikar la..gara-gara tidak dibayar royalti ke atas penulisannya. And thanks God..bila novel ni di adaptasi ke movie..rezeki dan namanya kian naik semula.

Dan keran filem yang akan keluar tak lama lagi ni....menyebabkan...buku yang tinggal beberapa ketul ni kat outlet di rebuti ramai. Bukan sahaja direbut oleh customer....tapi kedai2 buku yang lain. profit tu. sampaikan ada yg sanggup membayar pada harga yang mahal..walhal dulu..buku ni hampir2 nak masuk pulping. bukan dah tahap reject..dah tahap nak recycle balik. sekarang..pergh market melambung. Dah hantar CPO...tapi aku tak pasti la samada supplier stil ada buku ni atau tak lagi. maklumlah..syarikat pun dah gulung tikar...

Isnin depan..aku kena ke outlet Kinta City utk usha stock kat sana. Mana yg boleh aku ST..aku ST je la. yg penting..aku cuba dapatkan buku ni. in the meantime..kena sabarkan diri je la kalau ada org tanya buku ni.

Mujurlah..aku dah ada buku ni lama dah. Siap ada Katerina...Kasyah..Pilot Coffee...Secangkir Madu Pilot Cafe 2...3 hari..Selepas har..Sekeping kad, sekuntum bunga..snow white..cinderella 98... banyak la koleksi Ahadiat Akasyah yang aku ada. Dan salah satu favourite story aku zaman sekolah ialah Jas Mafia..wrote by his ex-wife Zuraidah Othman.

Tu la hobi aku dari zaman sekolah..suka baca buku. See how at the end up buku2 ni menjadi vintage dan boleh buat duit. sampaikan ada yg nak belik buku Lagenda Budak Setan dengan harga yang mahal. hehehehe...see~~ hahaha

Sekarang ni..mmg sori la aku nak kasi pinjam buku aku kat org lain..hohoho...dah la bilik depan umah aku dah jadi store buku. penuh ngan kotak2 yang padat dgn pelbagai buku. tunggu masa free nak display je. bilik depan umah aku ialah library aku. Boleh dikatakan..dlm library aku tu..ada banyak buku yg skrang ni sangat bernilai pada kedai2 buku luar sana. hehehe...bangganya aku!!

Thanks kat honewdew yang selalu belikan aku buku setiap kali dia kena handle bookfair. hehee.. cayang sangat sama kamu!!!!!!


Wednesday, May 26, 2010

Kebahagiaan Dalam Perpisahan


Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada
Keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta pasti

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya, apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan..

Usah titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam
Tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti

Kebahagiaan.. dalam perpisahan..

Sunday, May 23, 2010

SIGNS

Love change world...believe it??not??





When the time arrive..then we will meet it. Jangan letih menanti!

Saturday, May 22, 2010

Serenade Schubert ....




Ada beberapa cite aku nak share kat sini..tapi tak tau camana nk susun ayat. so..layankan je ar lagu ni dulu. Shubert Serenade adalah fav aku!


LayanZZzzzzzzz.....

Monday, May 17, 2010

Busy Bee..

Masuk pagi balik malam...masuk petang pun balik malam..ada yang back to back pun ada. So..kalau aku tak mengikuti perkembangan semasa..jgn salahkan aku sebab sekarang aku sangat sibuk berkerja. Tempat aku berkerja memang heaven...sampaikan...aku hanya sedar masa makan dah lepas bila exec yg lain inform aku tak kuar break lagi..atau apabila diorg dah start shut down PC dan buat x-report. busy kan?? dan paling awal aku akan sampai rumah ada pukul 11.30mlm. Apa pun..thanks banyak-banyak kat honeydew yang sanggup temankan aku balik setiap kali aku kerja sampai malam. nak jalan sorang2..mmg la aku tak berani. betapa ramai mak indon..mat bangla dan mat nigga yang ada dekat kawasan kediaman aku ni. huhuhu... nak naik cab..mmg sembelihla...kalau jalan kaki tak sampai 10min ke rumah..naik cab...RM8. mmg bunuh diri la....huhuhu....

Banyak cite nak kongsi sebenarnya..tapi ends up jd draft je....nnt la..sampai masa..aku free dan tak penat...aku akan share juga. Untuk bulan ni..aku mmg akan penat...sbb nk kejar payment. kalau la payment mencecah seperti yg diharapkan..alhamdullilah..dah boleh bayar hutang kwn2 yg tolong aku. ni..terpaksa postpone dulu..sbb aku ni pun sengkek. dan aku mmg tak minta kat abah since mama sakit kencing manis ni. banyak duit nak kena standby utk medication mama...apa pun...doakan mama yg terbaik.semoga mama dan abah dipanjangkan umur hendakNya.
Oklah...dah almost 3 am..aku patut tido. esok nak keje petang. ni pun bru balik dr removal kat 1U. pergh! penat gile!

Monday, May 10, 2010

Iceberg Lady...


Seminggu training dekat opis Bangsar dah settle. Pergh! mencabar. Esok..dah start kat base kat sunway. Risau giler. boleh ke aku perform kat situ. Selama ni..aku dah biasa dengan BEST team. Hopefully semuanya berjalan dengan lancar. huhu...

Kadang-kadang cam mimpi..bila aku dah terlepas dari bala segala macam tu. tapi syukurlah..sumenya dah berakhir. sekarang..adalah masa utk berkerja sungguh2 dan betulkan kesilapan.

Ya Allah..bantu la aku hendakNya. Tak lama lagi dah nak masuk rejab. kejap je..dah nk ramadhan balik. tak sabar nak tunggu ramadhan. huhuh

Monday, May 3, 2010

kad demi kad....


Wedding Pic Syahida dan Firdaus kat Umah Sg Bakap

Cuti sekolah dah dekat. Cam biasalah...bila terlalu banyak undangan perkahwinan datang,tu tandanya musim cuti sekolah dah mula la tu. Sabtu minggu depan kenduri Yusmas Hanum. Kawan satu MPP dengan aku.Kenduri dia kat Muar. Lepas tu...follow by Abg Ghadap kat Shah Alam. Then Incik T pun around2 tu juga kat Pantai Timur....then Yaya kat Muar....then Raja ngan Dayah plak kat Kelantan (umah lelaki) dan Selayang (umah perempuan). tu tak masuk lagi geng2 MPP yg tak confirm date lagi tapi kenduri insyaallah dlm tahun ni jugak. Abg Dayat ngan Kak Diah...Loko..kak Ina ngan Amir. Waaaah! bersusun jemputan. ekekekekeh.....

Tu pun...ada yg aku dah termissed jemputan..yang aku tak dapat pergi sebab terlalu sibuk. Antaranya..Wedding Azie....wedding ex-con satu sekolah ngan aku dulu, Syahida. Gambar kat atas tu gambar kahwin dia kat umah Sg Bakap. Syahida ni kawan aku dari sekolah rendah...sampai la sekolah menegah. tapi kami terpisah bila mama dia amik dia balik ke Putrajaya. Kat Sg Bakap..dia duduk ngan Mak Cik dia..sampaikan makcik dia pun dah jd cam makcik aku..umah dia dah cam umah aku..umah aku dah cam umah dia.
Barisan depan : no 2 dari kir (syahida waktu sekolah rendah)

Punya la rapat kami ni...hinggalah sekolah menengah. Geng sama-sama nakal kat sekolah..geng merayau..pakatan buat jahat mengacau org kat sekolah...geng merayap dan melepak kat Mall..macam-macam la kami buat nakal. cuma ponteng sekolah je kami tak pernah buat..sbb kami dah berjanji nak jd pelajar yang baik. lagipun..abah aku ngan makcik dia tu satu pakatan sekutu axis....maunya teruk kena kalau kantoi. hehehehehe....

Apa pun...aku tetap mendoakan kebahagian Syahida walau dimana pun dia berada..dan juga kebahagian kawan-kawan yang lain. Aku tumpang bahagia dengar kawan-kawan aku dah sibuk bina masjid..tapi aku sendiri..hehehehe..wait first. Aku nak stable kan kerjaya aku dulu.

cakap pasal kerjaya....sok ialah reporting day aku keje. Tapi..akuu kena training dulu for quite short period. Dan sekarang..jam dah menunjukkan hampir 2 pagi..tapi aku stil takleh nak pejamkan mata..sbb aku nervous. Mungkin pada kawan2 aku yang keje kat tempat tu akan kata aku je lebih2 nervous...takde benda..dan sebagainya. Sebelum ni pun..aku pernah part time kat situ...and aku dah kenal COO dia pun..so aku tak patut nak nervous ntah pape. Sedangkan esok..aku akan training ngan Abg fendi..pun satu geng pasukan sorak time kejohanan futsal ritu. sbb dah kenal..dah tau konsep..dah tau keje la buat aku nervous. mungkin itu ialah zon selamat pada org lain..tapi pada aku...sumpah aku kena hati2. sebab,kalau aku tak perform...mmg la..tak tau nak cakap camana. Ramai sangat yang letak harapan yg tinggi. Honeydew...bebudak B&E, walter...kak suziani..kak suliati..Anna....OMG...ramai la senang cite.Aku tak boleh nak musnahkan harapan dan kepercayaan yg diberikan. susahkan!?!!!!?

Sok juga....lepas keje..aku akan lepak ngan Agil, Adil ngan Liana. OMG..rindu giler ngan lawak bodo diorg. kat Empire..aku cuma ada diorg...Aina..Yanti dan Azrin. tu je la geng aku bergurau senda selepas macam-macam jd kat situ. Tapi..aku memang sayang giler la ngan diorg bertiga ni. Tak sabar nak men"JOYAH" bergelak sakan ngan diorg. Padahal bru dua minggu tak jumpa dah rindu sebagai..hahahahah.. oh ya...sok nk dapatkan hadiah kat si Adil. semalam birthday Adil. sama ngan birthday Along. Mujur aku sempat wish. Diorg dah celebrate kat MOS Euphoria dah...tapi..without aku la. Kalau ajak pun aku tak g..sbb aku bukan jenis layan MOS pun. huhuhuhuhu......
3 Minah senget kesayangan aku: dari kiri..Aina, Yanti,Liana

2 Mamat senget kesayangan aku: Dari kanan Agil Saedinna dan Adil Zamry.

oklah..apa pun....HAPPY BIRTHDAY Along and Adil. Semoga dimurahkan rezeki dan bahagia selalu. untuk semua kawanpkawan aku...HAPPY Always Ya!

daaaaa.....