Kisah bermula dengan kenakalan Kasyah, seorang pelajar kolej yang sering membuli dan mengenakan pelajar lain, bersama beberapa rakannya. Sikap dan kenakalan Kasyah berubah dengan kehadiran pelajar baru, Ayu, yang menambat hati pemuda terbabit.
Hubungan Kasyah dan Ayu bertambah erat dengan bibit percintaan mulai bercambah. Pada semester akhir, Kasyah ke kawasan pedalaman bagi menjalankan kajian untuk tugasannya. Mereka tidak berhubungan dengan harapan Kasyah dapat menumpukan perhatian pada kajiannya.
Ketika pemergian Kasyah, bekas kekasih Ayu, Azmi, muncul menagih cinta. Azmi menggunakan kedudukan dan kemewahan keluarga bagi mempengaruhi ibu Ayu, Mak Leha, agar memujuk gadis itu berkahwin dengannya. Berpura-pura sakit tenat, ibu Ayu berjaya meminta anaknya berkahwin dengan Azmi, meskipun hatinya mencintai Kasyah.
Sebaik saja pulang ke kampus, Kasyah yang tidak mengetahui perkahwinan Ayu dan Azmi, terkejut dengan berita yang diterimanya itu.
Masa berlalu, rumah tangga Ayu dan Azmi berantakan lantaran sikap Azmi yang panas baran dan pemabuk. Ayu sering dipukul. Suatu malam, akibat tidak tahan dipukul Azmi, Ayu bertindak melarikan diri dari rumah dengan memandu kereta. Ayu hilang kawalan lalu terbabit dalam kemalangan. Ayu cedera parah dan dibawa ke hospital. Mukanya hancur dan terpaksa melakukan pembedahan plastik. Wajahnya berubah, tetapi dia pulih semula. Seterusnya Ayu menuntut perceraian.
Bersama wajah berbeza dan dengan trauma kehidupan lampau, Ayu kini bertekad untuk memulakan hidup baru. Bersama wajah barunya dan dengan pampasan perceraian, dia membuka syarikat perniagaan serta menampilkan diri sebagai Emilia. Menerusi Suzana, kawan rapatnya ketika di universiti, Kasyah diambil bekerja.
Kasyah yang mulanya tidak perasan kehadiran Ayu dalam diri Emilia, mulai berasakan sesuatu kerana persamaan yang dimiliki antara dua wanita itu. Emilia mendapati Kasyah masih setia menyintai Ayu. Keadaan itu menambah deritanya apabila Kasyah tidak menerima Emilia dalam hatinya.
Al-kisahnya....tak lama lagi akan meletup la filem Lagenda Budak Setan di panggung wayang. Cite ni zaman aku sekolah tingkatan 1 dulu-dulu. Si Ahadiat Akasyah ni pun dah kategori gulung tikar la..gara-gara tidak dibayar royalti ke atas penulisannya. And thanks God..bila novel ni di adaptasi ke movie..rezeki dan namanya kian naik semula.
Dan keran filem yang akan keluar tak lama lagi ni....menyebabkan...buku yang tinggal beberapa ketul ni kat outlet di rebuti ramai. Bukan sahaja direbut oleh customer....tapi kedai2 buku yang lain. profit tu. sampaikan ada yg sanggup membayar pada harga yang mahal..walhal dulu..buku ni hampir2 nak masuk pulping. bukan dah tahap reject..dah tahap nak recycle balik. sekarang..pergh market melambung. Dah hantar CPO...tapi aku tak pasti la samada supplier stil ada buku ni atau tak lagi. maklumlah..syarikat pun dah gulung tikar...
Isnin depan..aku kena ke outlet Kinta City utk usha stock kat sana. Mana yg boleh aku ST..aku ST je la. yg penting..aku cuba dapatkan buku ni. in the meantime..kena sabarkan diri je la kalau ada org tanya buku ni.
Mujurlah..aku dah ada buku ni lama dah. Siap ada Katerina...Kasyah..Pilot Coffee...Secangkir Madu Pilot Cafe 2...3 hari..Selepas har..Sekeping kad, sekuntum bunga..snow white..cinderella 98... banyak la koleksi Ahadiat Akasyah yang aku ada. Dan salah satu favourite story aku zaman sekolah ialah Jas Mafia..wrote by his ex-wife Zuraidah Othman.
Tu la hobi aku dari zaman sekolah..suka baca buku. See how at the end up buku2 ni menjadi vintage dan boleh buat duit. sampaikan ada yg nak belik buku Lagenda Budak Setan dengan harga yang mahal. hehehehe...see~~ hahaha
Sekarang ni..mmg sori la aku nak kasi pinjam buku aku kat org lain..hohoho...dah la bilik depan umah aku dah jadi store buku. penuh ngan kotak2 yang padat dgn pelbagai buku. tunggu masa free nak display je. bilik depan umah aku ialah library aku. Boleh dikatakan..dlm library aku tu..ada banyak buku yg skrang ni sangat bernilai pada kedai2 buku luar sana. hehehe...bangganya aku!!
Thanks kat honewdew yang selalu belikan aku buku setiap kali dia kena handle bookfair. hehee.. cayang sangat sama kamu!!!!!!
No comments:
Post a Comment