Monday, May 3, 2010

kad demi kad....


Wedding Pic Syahida dan Firdaus kat Umah Sg Bakap

Cuti sekolah dah dekat. Cam biasalah...bila terlalu banyak undangan perkahwinan datang,tu tandanya musim cuti sekolah dah mula la tu. Sabtu minggu depan kenduri Yusmas Hanum. Kawan satu MPP dengan aku.Kenduri dia kat Muar. Lepas tu...follow by Abg Ghadap kat Shah Alam. Then Incik T pun around2 tu juga kat Pantai Timur....then Yaya kat Muar....then Raja ngan Dayah plak kat Kelantan (umah lelaki) dan Selayang (umah perempuan). tu tak masuk lagi geng2 MPP yg tak confirm date lagi tapi kenduri insyaallah dlm tahun ni jugak. Abg Dayat ngan Kak Diah...Loko..kak Ina ngan Amir. Waaaah! bersusun jemputan. ekekekekeh.....

Tu pun...ada yg aku dah termissed jemputan..yang aku tak dapat pergi sebab terlalu sibuk. Antaranya..Wedding Azie....wedding ex-con satu sekolah ngan aku dulu, Syahida. Gambar kat atas tu gambar kahwin dia kat umah Sg Bakap. Syahida ni kawan aku dari sekolah rendah...sampai la sekolah menegah. tapi kami terpisah bila mama dia amik dia balik ke Putrajaya. Kat Sg Bakap..dia duduk ngan Mak Cik dia..sampaikan makcik dia pun dah jd cam makcik aku..umah dia dah cam umah aku..umah aku dah cam umah dia.
Barisan depan : no 2 dari kir (syahida waktu sekolah rendah)

Punya la rapat kami ni...hinggalah sekolah menengah. Geng sama-sama nakal kat sekolah..geng merayau..pakatan buat jahat mengacau org kat sekolah...geng merayap dan melepak kat Mall..macam-macam la kami buat nakal. cuma ponteng sekolah je kami tak pernah buat..sbb kami dah berjanji nak jd pelajar yang baik. lagipun..abah aku ngan makcik dia tu satu pakatan sekutu axis....maunya teruk kena kalau kantoi. hehehehehe....

Apa pun...aku tetap mendoakan kebahagian Syahida walau dimana pun dia berada..dan juga kebahagian kawan-kawan yang lain. Aku tumpang bahagia dengar kawan-kawan aku dah sibuk bina masjid..tapi aku sendiri..hehehehe..wait first. Aku nak stable kan kerjaya aku dulu.

cakap pasal kerjaya....sok ialah reporting day aku keje. Tapi..akuu kena training dulu for quite short period. Dan sekarang..jam dah menunjukkan hampir 2 pagi..tapi aku stil takleh nak pejamkan mata..sbb aku nervous. Mungkin pada kawan2 aku yang keje kat tempat tu akan kata aku je lebih2 nervous...takde benda..dan sebagainya. Sebelum ni pun..aku pernah part time kat situ...and aku dah kenal COO dia pun..so aku tak patut nak nervous ntah pape. Sedangkan esok..aku akan training ngan Abg fendi..pun satu geng pasukan sorak time kejohanan futsal ritu. sbb dah kenal..dah tau konsep..dah tau keje la buat aku nervous. mungkin itu ialah zon selamat pada org lain..tapi pada aku...sumpah aku kena hati2. sebab,kalau aku tak perform...mmg la..tak tau nak cakap camana. Ramai sangat yang letak harapan yg tinggi. Honeydew...bebudak B&E, walter...kak suziani..kak suliati..Anna....OMG...ramai la senang cite.Aku tak boleh nak musnahkan harapan dan kepercayaan yg diberikan. susahkan!?!!!!?

Sok juga....lepas keje..aku akan lepak ngan Agil, Adil ngan Liana. OMG..rindu giler ngan lawak bodo diorg. kat Empire..aku cuma ada diorg...Aina..Yanti dan Azrin. tu je la geng aku bergurau senda selepas macam-macam jd kat situ. Tapi..aku memang sayang giler la ngan diorg bertiga ni. Tak sabar nak men"JOYAH" bergelak sakan ngan diorg. Padahal bru dua minggu tak jumpa dah rindu sebagai..hahahahah.. oh ya...sok nk dapatkan hadiah kat si Adil. semalam birthday Adil. sama ngan birthday Along. Mujur aku sempat wish. Diorg dah celebrate kat MOS Euphoria dah...tapi..without aku la. Kalau ajak pun aku tak g..sbb aku bukan jenis layan MOS pun. huhuhuhuhu......
3 Minah senget kesayangan aku: dari kiri..Aina, Yanti,Liana

2 Mamat senget kesayangan aku: Dari kanan Agil Saedinna dan Adil Zamry.

oklah..apa pun....HAPPY BIRTHDAY Along and Adil. Semoga dimurahkan rezeki dan bahagia selalu. untuk semua kawanpkawan aku...HAPPY Always Ya!

daaaaa.....

1 comment:

Unknown said...

hahah. menanti dari kak lya pulop. hahah.