Monday, February 15, 2010
love day..
14 feb ialah hari kekasih pada seluruh dunia. Tapi aku..aku tak penah raikannya. Malas dan menyemakkan otak. Sebab pada aku...aku tak perlukan specisifik satu hari utk aku nyatakan kasih sayang aku.
Yang paling penting...cara aku berkasih sayang adalah unik.
Aku dan dia..tiada panggilan istimewa. Tiada abang...tiada baby..darling sebagainya. Aku panggil dia "U" dan bahasakan diri "I". Kalau kelakar..kami sama-sama ketawa...dan kalau aku marah, nasib dia la kena dengar ceramah perdana aku. Dia kawan,sahabat, teman paling baik..paling bersabar..dan paling akrab dengan aku. Tidak pernah mengongkong aku..sentiasa memberikan galakan..semangat dan dorongan.
Aku tahu satu kelemahan dia..iaitu dia tak boleh tengok aku menangis. sebab dia juga akan menangis bila melihat aku menangis. Dia akan sentiasa berusaha memenuhi kehendak aku...dan memastikan apa yang aku inginkan tercapai walaupun dia terpaksa bergolok gadai dan mengikat perut.
Dan untuk apa yang dia berikan pada aku..aku tak perlukan hanya satu hari utk menghargainya kerana aku sayangkan dia...dengan cara aku sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment