Monday, June 1, 2009

lemas

banyak benda dah dalam kepala aku nak aku post ke sini. tapi, otak aku, badan aku semua sakit. Aku betul3 trauma bila semalam,sedang aku bermain di tepi2 batu di air terjun chamang
Aku cuma bermain di gigi-gigi air ditepi batu sahaja sebab aku mempunyai asthma dan kesan operation dahulu membuatkan aku camtakut nak mandi sampai ke tengah. Aku tak mahu nanti bila pulang ke rumah aku akan merengkok kesakitan akibat kesejukkan. aku rasa kakiku bagai ditarik sesuatu. Walaupun air tu taklah berapa dalam sangat melihatkan kawan-kawan aku yang mandi, tapi aku tak dapat nak berpijak di atas pasir atau batu membuatkan aku lemas. Mujur Fairuz tarik aku. Dan apa yang aku lihat di dalam air ketika lemas, membuatkan aku hampir gila seharian. Aku tak dapat tidur atau jaga sebab aku terbayang-bayang kejadian dalam air.
sekejap, tapi cukup buat aku gila.
Ya aku hampir gila.

aku yakin kakiku ditarik walaupun kawan-kawan yang lain kata aku tergelincir. dan apa yang aku lihat didalam air..aku tak dapat nak ceritakan. susah aku nak bagi gambaran. mula-mula aku meronta bila melihat semuanya putih dengan gelembung putih dan aku cuba berusaha naik ke atas, tapi....kaki aku bagai ditarik semula kedalam air dengan lebih dalam, dan aku nampak..satu kawasan yang cantik,putih..serba putih.terlalu putih!!! ...dan saat itu aku dah tak rasa nak naik ke atas dan saat aku mula berpijak sesuatu...aku terkejut bila Fairuz tarik tangan aku. aku rasa takut sangat! aku tak dapat berdiri,kaki kananku lemah. sampai sekarang..kaki kananku masih terasa sakit.

5 comments:

rObOt said...

cam misteri je lya..bleh wt cter ni.hehe

perpun take care (:

Prinzessin said...

tak sanggup nak buat cite. nk bayangkan pun dah tak sanggup. perlukan ubat tido utk tido.

aRzaMuaHaha said...

ni cite betul ke dongeng ni.hahaha

Prinzessin said...

azam..ko ingat ni cite fiksyen ke? ko tanya bebudak mpp yg gi kenduri jue kat pahang.

xurs said...

baik ko citer je seathu aku yang ko nampak putih tu sume pasir je....aku yang tarik ko sebab aku nampak macam dah pelik..satu lagi..tempat yang ko hampir lemas tu..dalam sebenarnye...