Friday, June 12, 2009

cite pasal keje..

Aku dpt keje yg sekarang ni atas recommend dari lecturer yg hari-hari aku lalu depan bilik dia. dan nasib aku lebih baik, bila Saleha(che Chal) dan Ilah (che'Lah) juga bersama-sama aku. Mula-mula interview, kami dtg opis di Kelana Jaya ni..memang rasa menyesal tak sudah. Time discussion tu, kami buat memain je tapi GM aku sekarang ni mati-mati negotiate ngan we all suh keje ngan dia. GM aku tu muda lagi...sekitar umur 33 tahun. finally, we all pun masuk keje kat sini walaupun...perjanjian nya agak sedikit zimbabwe.
bila masuk ke opis aku sekarang, hanya ada kak Fashiha sorang je yang menyambut kami. dan ada few tugas dah diberikan. semakin lama aku disini..semakin byk keje dan tugasan yang diberikan. dan mostly aku involved bahagian design utk project. Ilah lebih kepada grafic dan che' chal juga sama cam aku...plus che chal lagi rajin buat editting dari aku. baru 5 hari aku berkerja di sini..dah macam bos pulak rasa. Aku,che chal dan Ilah...dah men"kecoh"kan opis ni. dah la kami asik ketawa..buat lawak je. then, hari ni sekali lagi kami "gegar"kan opis dengan operasi mencantikkan opis yang takde enviroment langsung. lagipun staff lain akan datang balik selepas tender berharga RM15.5 juta kami persetujui. penat takyah kata...tapi, syukurlah..masa keje agak linean. masuk 9.30 pagi dan balik kul 5.30 petang. Taxi expenses cover by bos. hahahaha... Bos aku juga sangat baik. walaupun muka tegas..muka serius memanjang, tapi kami tak pernah dimarah walaupun melalak dalam pejabat. Masa solat dan makan juga tak bergantung pada kami...takde limit masa asalkan tugas yg diberikan siap on the time sebelum beliau present pada client.
kelmarin, sebelum bos gi meeting, dia bawa kami berempat (aku,che chal, che ilah dan kak shiha) gi makan dekat2 ngan kawasan stadium MBBJ. dan yg lebih tak menahan..kami bergelak sakan pasal isu sesat kat Pusat latihan MAS KJ. tak pasal2 bos aku nak kenalkan aku ngan kawan dia yang baru putus tunang,seorang pilot..housemate dia time dia keje kat US dulu. Kak Shiha plak tukang mngiyakan sahaja. mau nya aku tak tergelak sakan.
seminggu pertama keje juga...macam cite kelakar terjadi. ada sekali..kami menapak sampai 5 km utk cari perhentian bus. hari pertama lagi la...kononnya nak belajar naik bus...ber'landmark'kan padang..sekali turun kat padang MBPJ. Padahal kena turun dekat padang PKNS dekat depan Kastam tu. jalan-punya jalan...masuk pusat latihan MAS. tak pasal2 kak shiha suggest aku suh camping je depan MAS. hehehe..
dah penat gile...balik nak rehat dan tido puas2. lepas tu, minggu depan aku kena study banyak benda utk project tebaru. tapi paling best..WAR Stimulator software oleh kementerian pertahanan malaysia. bak kata keje..cukuplah 3 tahun keje sini..gaji dah bleh cecah 10 ribu sebulan. siap bleh demand gaji lagi..erm..menarik sgt. kalau tak kerana gaji yg menarik..mmg aku takde kat sini dah..heheh

oklah..masa utk sambung buat keje dan study. ahad ni nak gi cycling ngan kak im. yosh! tak sabar tol! hehehehhe...

sapa yg pandai bahagian software dan IT, kalau nak extra big income..bleh freelance kat sini. desprately need a freelance utk 7 major project ni. (penat gile aku nak study sume projects tu sekarang!!!!)

No comments: