Monday, March 16, 2009

Sini..

Aku penat...sangat penat sebenarnya. Kematangan buat kita menjadi lebih penat. kalau boleh kembali ke zaman kanak-kanak, aku pilih untuk terus kekal sebagai kanak-kanak. Tak perlu besar, kerana terlalu banyak tanggungjawab, amanah dan harapan yg perlu digalas bersama kematangan serta kehidupan hidup. rindu betul zaman bermain..
Tiba-tiba aku teringat satu lagu....
lewat kebelakangan ini bebudak umah aku sering nyanyi.
"Anak kecil main api...terbakar hatinya sepi..
air mata darah bercampur keringat, bumi dipijak milik orang..."
dah 3 tahun berlalu..
terasa bagai semalam aku mendaftar diri di sini...
bagai semalam aku bru bergelar mahasiswa...
aku rindu kenangan itu...
saat pertama aku berikrar, untuk belajar bersungguh-sungguh.
aku berjanji tidak akan lupa diri...aku berjanji untuk membalas jasa kedua ibubapa aku..
dan arini...dah genap 3 tahun tanpa aku sedar. Aku menghitung hari-hari terakhir menamatkan
pengajian aku. Saat untuk aku tunaikan segala ikrar dan janji aku ketika mula berpijak di bumi ini dahulu.
di sini.....terlalu banyak kenangan...terlalu banyak kehilangan, terlalu banyak suka duka. aku datang kosong...aku pulang berisi. Setiap kenangan dan pelajaran kehidupan yang aku perolehi disini..terlalu sukar dan tak mungkin aku lupakan. Pahit manis..semua aku telan.
Aku masih mencari makna cinta...tapi aku dah berhenti mencari cinta. Cukuplah kenangan cinta yang ada...cukuplah dengan apa yang aku miliki sangat ini. selepas ini, adalah masa untuk memperbaiki kehidupan untuk masa hadapan. cinta dan kenangan, aku tak pernah buang. Cuma aku tinggalkan sekejap di tepi supaya tidak mengikat langkah kaki ku utk terus melangkah.
Aku nak pergi...
seketika sahaja lagi...
aku akan pergi juga..
selamat tinggal kenangan!

No comments: