Tuesday, March 10, 2009

Kenangan..

aku sebenarny sedang berkemas-kemas. esok, banyak benar percaturan hidup yang aku perlu lunaskan. Banyak tanggungjawab yang aku masih terhutang, menuntut aku menyelesaikannya.
Tadi, aku sempat berbicara dengan mama. Aku rindu mama. aku rindu abah, along dan adik. Rindu yang sangat mengunung. setiap perkhabaran yang mama berikan..pasti buat aku tersenyum. Tentang adik yang sedang membesar dengan matang tapi masih nakal...tentang along yang cuba berkorban selaku abang yang tua dan sulung dalam keluarga. Mama..masih sibuk dengan hobinya di malam hari.Apa lagi, kalau tidak menggubah bunga sirih junjung dan barang hantaran yang lain. Oh ya..abah juga...kurang sihat kebelakangan ini. Rindukan aku. Ya..aku juga rindukan rumah...

Pada mama..aku berkongsi cerita sepeti biasa. Tentang aku kehilangan berat badan sehingga 5 kg. Tentang aku hilang selera makan lantaran sakit gusi yang keterlaluan. Tentang keje sampingan hujung minggu. Juga, aku suarakan tentang tawaran ke Portsmouth.

Alhamdullilah..seperti yang ku duga. Mama tiada halangan. Cuma, masih was2 dan ragu melepaskan aku pergi jauh keseorangan. Mama..tetap mama. Sama sewaktu mama hendak melepaskan aku ke Shah Alam, 3 tahun lepas. hihihi....

Ma, terlalu banyak kesedihan aku alami di sini. Tuhan terlalu menguji aku di sini. Aku kira, di sana sekurang-kurang dapat melepaskan diri dari tali yang membelenggu. Tuhan menguji aku dengan munculkan kembali wajah-wajah yang pernah suatu ketika dahulu menjadi org penting kehidupan aku.

dan puisi seorang kawan di ruang seni..sangat menarik perhatian aku. Bersesuaian dengan kesedihan aku...keadaan aku tika ini. Aku kongsikan puisi ini..maaf tuan punya puisi..aku tidak maklumkan pada kamu aku meletakkan puisi ini di sini dan di sini juga aku letakkan penegasan..aku sukakan puisi ini sebab penulisan puisi ini seolah2 kena dengan situasiku. Bukan sebab ada perasaan yang terpendam atau pun agenda lain yang tersembunyi. Masa silam sudah banyak mengajar aku supaya tidak mengulangi kesilapan yang sama sekali lagi. Aku tidak mahu hidup sesiapa yang bahagia terluka dengan suatu yg aku tulis penuh kesamaran. Terlalu banyak kesedihan dan kesalahan aku lakukan..jadi aku tidak mahu satu lagi kisah sedih tercipta lagi dimana akhirannya aku yg sedih dan menyesali.

Puisikan Namaku
Aku intai dari dalam
separuh gelap,
daerah gembira kamu
berpesta dalam terang senyummu.
Dari jauh
makin kabur
silau.
Seksaan ini tak terasa
senyummu senyumkanku.

Yang aku terkilan
cuma sebaris qiraat lagi
untukmu
Tuhan tak pernah benarkan
jemputan hakikat terlewat

Cuba, ingat sekali tentang kehidupanku.

Bila aku baca puisi ini..berulang-kali..aku kembali ingat pada org yang tak sepatutnya aku ingat. aku masih mengingatinya. Aina juga rasa begitu...kebelakangan ini..aku acapkali menyebut namanya. Beberapa hari yang lepas, aku juga mimpikan dia. Aku t ak patut mimpikan dia...aku tak patut menangis bila tersedar dari mimpi tu. Mimpi itu indah..tapi ia jd mimpi buruk sbb kehadiran dia yang aku tak ingin lagi lihat. Aku tak ingin pandang lagi manusia itu. manusia yang melukakan hati aku...merobekkan tangkai hati aku hingga kini masih berdarah.

Dia akan pergi. Ya..dia akan terbang bebas dengan gembira.

Apakah yang engkau cari
Tak kau temukan di hatiku
Apakah yang engkau inginkan
Tak dapat lagi ku penuhi
Begitulah aku
Pahamilah aku
Mungkin aku tidaklah sempurna
Tetapi hatiku memilikimu sepanjang umurku
Mungkin aku tak bisa memiliki
Dirimu seumur hidupku
Apakah yang engkau cari
Tak kau temukan di hatiku
Apakah yang engkau inginkan
Tak dapat lagi ku penuhi
Begitulah aku
Pahamilah aku
wohooooo...
Mungkin aku tidaklah sempurna
Tetapi hatiku memilikimu sepanjang umurku
Mungkin aku tak bisa memiliki
Dirimu seumur hidupku
Mungkin aku tidaklah sempurna
Tetapi hatiku memilikimu sepanjang umurku
Mungkin aku tak bisa memiliki
Dirimu seumur hidupku
Dirimu seumur hidupku

Memang aku tidak pernah memiliki dia lagi..walaupun satu masa aku pernah memiliki dia seketika cuma. Tapi, aku sendiri tak pasti..adakah aku menyesali untuk hidup dengan kenangan yang ditinggalkan.

Inikah cinta suci? atau sebenarnya..ini bukan cinta? cuma satu perasaan suka yang melampau-lampau dan taksub terhadap kenangan?

Jgn kata bodoh pada sebuah penantian..sebab bila kau terjebak dengan penantian, dengan kekecewaan baru kamu tahu bagaimana terikatnya hidup kamu dengan kenangan. kenangan jugalah yang buat kamu gembira tertawa teruskan hidup...dan kenangan juga melukakan lalu menghancurkan kehidupan.

Kamu wahai manusia...kamu akan ke Canada tak lama lagi...dan aku pula akan ke Portsmouth. Kita lihat..apakah kota London bakal menjanjikan sesuatu buat kita?

satu yang aku tetap ingat diingatan..walau bertemu lagi, keadaan tetap berbeza. Aku takkan kecewakan hati kekasihku yang amat kasihkan aku. Kejikan aku? Aku harapkan pertemuan kembali..tapi aku letakkan penghadang di tengah.

Pikirkan lah...

Kamu banyak benar hutang dengan aku dalam kenangan ini....

2 comments:

taufiq said...

Portsmouth!!
Itukah ceritanya?!

Prinzessin said...

woh....incik T intai blog lya.
heheh..tu la cite nya...
hahhaha...