Saturday, October 18, 2008

Kecamuk!

nokhtah hujung kata....
membawa aku ke beranda rumah...duduk memeluk lutut
dalam kesejukkan awal subuh yang mencecah ke tulang hitam
menentang kepanasan badan yang makin tinggi
simpanan kemas yang aku ikat, aku buka perlahan...
kembali aku lihat masa lepas..yang kononnya bisa aku lupakan..kononnya aku kuat menghadapinya...
hujung subuh, saat fajar dhuha mula mengambil tempat disisi langit, aku terlelap...
hanya bertemankan selimut, aku terlena di kaki beranda dengan pyjamaas peach hadiah dari mama..
muju housemate aku takde...kalu tak pasti dah kena bebel. Dah tahu demam, masih berembun.
Tido yang seketika itu terganggu dengan panggilan. ada beberapa jemputan rumah terbuka menuntut aku pergi, tapi aku hanya menjawab panggilan itu kemudian bingkas bangun ke bilik dan rebahkan diri di atas tilam yang empuk. Fikiran aku berkecamuk....! terlalu kecamuk....tumpuan aku untuk cerpen dan case study..dan test Isnin nie hilang.

Petang ini, aku nak berlari...kalu tak hujan...kalu diizinkan...dan kalu suhu badan ini tak meningkat lagi..
tapi kalu petang ni aku rebah...biarkan itu terjadi..aku tak mahu lagi pikir esok hari..cukup setakat hari ini dahulu...





No comments: