Tuesday, October 14, 2008

EP Launch Yunalis Zarai

Ketika menulis ini, aku baru sahaja bertenaga untuk membuka mata setelah tido yang agak panjang gara-gara 6 jenis ubat yang doctor bagi pagi tadi. sambil diselubungi selimut dengan hidung yang tersumbat dan masih lagi berdarah (doc kata sebab terlalu panas dalaman) dan pokok kaktus cumel yang ku beli semalam....

hari sabtu, sepatutnya kuar ngan jue..tapi tak jd sbb auntie jue datang, sok aku ubahlah plan ke PPUM utk menziarahi kawan ku cik onigiri yang admitted kerana operation membuang tiroid. on the way balik..baru lah baca mesej yang masuk dan salah satu mesej itu adalah mesej membawa titik permulaan masalah ini. kawan yg sepatutnya menemani ku ke EP Launch Yuna esok tak dapat temani aku. ati nie memang tak sedap nak g sorang sedangkan sblom ini aku lebih cuka berseorangan kemana aje. seorang demi seorang kawan dihubungi untuk ajak menemani aku dan seperti biasa...masing2 mempunyai program tersendiri. alhamdulllilah..akhirnya, Ain sudi mnemani aku ke EP esok. Horayyyy..satu masalah selesai.

sengaja kuar awal pagi..sebab nak singgah kat cik onigiri. kemudian jam 12.45tgh gerak ke KL Sentral sebab dah janji nak jumpa Cik Ain di situ. Mula memang nak gerak lebih awal dari PPUM, kesian pulak pada cik onigiri so..kuar lewat sikit. Nasib baik dah mesej Ain awal2. tepat jam 1ptg,aku telah menanti Ain di restoran Rasamas (jgn tanya kenapa kami berjanji kat situ...waahhaha) Ain yg serba kehitaman (tudung dan baju hitam...)tak susah utk aku kenali. kuar dai PPUM, aku mula bersin dan selesema. AKu mula rasa tak selesa dengan selesema. Tetiba pulak.time-time camnie plak nk selesema. Walaupun pertama kali bertemu...aku senang bangat kuar ngan ain yang cumel(ikhlas tau puji...) nie. sikit keanak-anakkan dan manja...and kitaorg bleh berbual non-stop. ada je yang kami bualkan...sampaikan...dah tiba kat stesyen komuter sentul pun kami tak perasan akibat khusyuk berbual. hehhe..bila menyedari komuter tue dah takder org dan berhenti bergerak,maka kami pun bertanya sama ada dah sampai ke blom. so...mmg dah sampai! kelakar..malu pun ada..kami teruskan perjalanan. selesema makin menjadi-jadi. Based ngan peta yang aku usha selama seminggu nie, aku pun bajet cam tau je...maka kami terus berjalan hingga ke stesyen minyak ESSO. keadaan di situ agak scary la. kecuk gak perut..lenggang dan...erk takyah cakap la.....kat Esso, aku beli panadok active fast sepapan ngan tisu dan mineral water sambil bertanya arah ke KLPAC. cam susah je..tambah pulak ngan selesema nie, so Ain suggest kami naik cab je. ok..kami pun tahan lah teksi dan selamat tiba di KLPac yang dalam sentul park tue. Kami agak impress. Ain pun 1st time di sini seprti aku..maka bermula la episod mengambil gambar antara aku dan Ain. posing sakan...posing sana..posing sini...

jam 3.15 ptg, kami mula dibenarkan mengambil tempat di hadapan pentas 2. Yang paling best, aku dan Ain dudud di barisan paling hadapan sekali...first line tue. Pergh!!!!!! worth la kiranya...eheh...ok..opening act by sundae. Diorg nyanyi 4 lagu....dan yang paling aku suka lagu sundae nie ialah lagu bertajuk hilang... tapi yg bestnya...mamat yg main basis dia tue ada mirip2 cam Shrek plak. cet...gosh! pehal plak mamat tue bleh terlintas di kepala...

opening act sundae

opening act- sundae....dan mamat yang muka cam Shrek tue...cuma Shrek rambut lurus dan mamat nie rambut kerinting..

pas sundae, kumpulan oldtam dimana A.G dari meet uncle hussain played as lead guitar..ehehhe..cumel2..

pas persembahan 5 lagu dari oldtam, ada break 15 minit utk claim goddies bag dimana di dalam goddies bag tue ada

then di kesempatan break yang sekejap itu..kami berkesempatan mengacau encik kaha atau pun incik cahatomic..lelaki suci itu...di mana di belakang nye...kedengaran suara cik elly...(tet...)

setelah puas menanti dan mengacau org...akhirnya..pa'an mengambil tempat! ehehe..nak tgk pa'an(lead guitar) dan di ikuti yuna yang berbaju merah. persembahan yuna di mulakan dengan lagu Permision, kemudian di ikuti dengan lagu Bankpacking Around Europe (aku tak bape minat sgt lagu ni....), seterusnya sume lagu yang amat aku sukai iaitu depression, dan sebenarnya, after midnite, blue sand, polaroid, missing star, blue sands, rocket, dan distreet (diiringi dengan pa'an,kawan sekolah yuna dr kuantan), dan di akhiri dengan lagu deeper conversation cersi acoustic diiringi oleh beberapa org yg bermain violin. Persembahan berakhir jam 6 petang, then aku dan Ain sibuk mengambil gambar. kami jugak berkesempatan ke belakang pentas untuk mengambil gambar bersama yuna dan tandatangan pd EP album nie. ehehhe...siap dia tulis nama aku lagi kat atas EP tue.. Di sini jugak,kami berkenalan dengan rakan-rakan baru. sorang dari UIA dan 2 lagi IIC. yg sorang tue namanya Ika.

Lepas itu kami terus keluar dari KLPAC dan berjalan kaki menuju ke Komuter. sepangjang perjalanan merentasi Sentul Park, kami tak melepaskan peluang bergambar sakan. Dari main gate Sentul Park mencari jalan ke Komuter, kami agak scary. sebab rata-rata memang org india je yg kami temui. Hati memang tak sedap gile..apatah lagi kami rasakan kami macam diekori. jadi..kamu percepatkan langkah..memang betul pun. Ada dua org lelaki india mengekori kami. kami mempercepatkan langkah hinggakan masuk je entah ke lorong mana yg di bawa kaki dan gerak naluri. Setelah yakin kami tidak diekori lagi, dan sedar kami telah sesat entah dimana-mana..kami pun mencari altenatif untuk ke komuter. Nampak teksi je tahan...nasib baik ada satu apek nie berhenti. tapi bila bgtau kami nak ke komuter. membebel plak apek nie...apek yg super friendly nie....kami goreng cukup2. Lantak la..asalkan sampai dekat station komuter ngan selamat.Alhamdullilah..kami selamat sampai..then naik komuter menghala ke KL Sentral. makan dulu seblom aku dan Ain memilih destinasi masing-masing dan kami berpisah di hadapan pintu masuk LRT.

Selesema aku semakin teruk, mujur Zu amik kat depan TESCO so..selamat sampai di umah....bersama bekal nasi minyak yg zu simpan ketika open house umah dia siang td..heheheh. Pas mandi dan lepak jap kat chetrum dengan Emma,kepala aku semakin berat dan darah mula kuar dai hidung dan tekak. so, aku terus je tdo.

Pagi nie aku ke klinik dan darah masih lagi mengalir. suhu badan makin tinggi..lalu..aku dapat MC untuk arini....dan...aku tak amik test web programming dan test strategik...wawawawa..mujur test System cancel. ehehheh....kalu tak nahas hari nie ada 3 test killer untuk di jawab yg memerlukan kekuatan otak...

she's singing dan sebenarnya...

Yuna with Pa'an...singing distreet...sedap lagu ni!! well cumel je pa'an namun maaf! single but not available...

both were yuna's personal guitar yg assist her while performed...(dem...cam nk blaja main guitar je aku rasa pasnie...) dan bawah nie last song yang dinyanyikan iaitu deeper conversation....

***Kepala sangat sakit..mahu tido sudah but have to makan ubat yg berlambak nak mampus nie..... Semoga esok time pameran to know Malaysia is to Love Malaysia aku tak pengsan. Tapi kalu pengsan...ehhehe..nasib la sapa kena tanggung aku...wahahhaha...



-Off from keyboard!!!!-

No comments: