Aku tak tahu la bila fatah posting nanti...harap-harap sekitar KL je. aku tak sanggup berjauhan ngan dia. Angah faiz juga mula menjauhkan diri dari aku. Barangkali dia tak sanggup untuk tinggalkan aku. Yelah, dia akan di tukarkan ke Korea tak lama lagi.. akak aku, angahlinda pulak sedang sibuk ngan final drafft thesis dan fyp dia. tak lama lagi angah akan grad,dan insyaAllah..angah akan berkahwin dan menyambung pengajian nya di UK. Al-maklumlah..cik abang dia sambung PhD kat sana. satu persatu akan tinggalkan aku.... mungkin aku sgt pentingkan diri sendiri, bila aku tak mahu kehilangan mereka. tapi aku terlupa, rasa kehilangan hanya akan terasa bila kita rasa memiliki. sama lah keadaan aku sekarang..aku telah kehilangan luke, iman, daus, dewi dan sekarang dia. Aku juga hampir kehilangan pa'ah dan oniiigri, tap syukur ia tak terjadi.
bila cakap tentang kehilangan, aku sangat sedih. tapi dah lama aku tak esak dalam tangisan...kali terakhir...yup...ketika pembedahan bulan Feb tue. Pembedahan yang membuang sejenis ketumbuhan berhampiran pangkal rahim dimana ia sangat berisiko untuk membunuh nyawa aku. Aku ingat lagi saat doktor bgtau aku tentang perkara itu, aku hanya senyum. sikit pun aku tak nangis. Fatah, Min, Daus dan Rizal,angahlinda yang berasa di sini aku ketika itu. Saat pagi itu aku akan masuk ke bilik operation, doktor datang untuk menyuntik aku dengan macam-macam jenis ubat anesthatic. Nurse kat situ selalu kata, aku patient paling mudah dan paling ceria yg dia jaga. Tapi, ketika doktor suntik aku dengan morpin yang menyakitkan itu ke kulit, aku menangis..aku meraung semahu-mahunya hingga selruh ward mendengar dan aku esak kesakitan. Aku nampak fatah cuba berlagak tenang dan keras hati...walupun hujung mata dia cam ada air mata yang menanti untuk tumpah. Aku pegang kuat tangan dia....dan aku juga hampir patahkan jari doktor sebab terlalu sakit. Aku masih lagi ingat Daus ngan Rizal, cuba senyum tapi bersembunyi di belakang langsir wad dan mengelap air mata. Aku memang memerlukan mama...tapi aku tak sanggup tak mampu bgtau mama..jd sepanjang pembedahan itu berjalan, mama tak tahu sebenarnya, Aku kata pada mama aku hanya menjalani pembedahan appendiks dan minta mama jgn risau. di saat aku bertaung dengan nyawa....aku pertaruhkan nyawa aku....dan itu kali terakhir yang aku benar-benar menangis semahu-mahunya seblum hari ini sekali lagi aku nangis semahu-mahunya.
Ada seseorang suka bertanya aku.."untuk apa kamu menulis lya.."
aku suka jawab, "saaya menulis sebab saya ingin menulis.." maaf! aku berbohong pada kamu. Aku rasa satu pembohongan tidak membawa apa makna lagi pada kamu..kerana kamu tahu aku seorang pembohong,pembohong yang cuba merosakkan hidup kamu. Mungkin aku berbohong dalam kehidupan sebenar, tapi aku tak pernah bebohong di dalam tulisan aku. Aku tak berbohong dalam dunia aku sendiri. baik..aku akan bgtau kamu...selepas pembedahan...pembedahan yang septutnya hanya 2 atau 3 jam itu telah mengambil masa hampir 6 jam itu..kn tidak berjaya. ketumbuhan itu pecah, dan cecair yang berkuman itu telah mengalir ke tempat tak sepatutnya..iaitu rahim. awal pembedahan doktor telah beritahu....sekiranya sesuatu terjadi atau pembedahan gagal ,mereka perlukan untuk membuang rahim sebelah kanan aku bg menyelamatkan nyawa aku kala itu. Jadi bila aku kata ia tak berjaya, kamu paham bukan...kerana saat aku menulis ini..air mata ak sangat laju mengalir. Aku depresi. Walupun doktor bgtau, aku masih berpotensi untuk menjadi seorang ibu...walupun 30%, kamu tak kan paham perasaan aku. Aku ingin menjadi ibu kepada 6 org cahaya mata. aku ingin menjadi ibu kepada lelaki yang aku sayang itu. Aku sangat depresi!! kamu tak paham...kamu takkan tahu..sebab kamu bukan wanita. kamu tak akan paham perasaan ini. kerana kamu lelaki..kamu tahu..bila kamu tak dapat zuriat...kamu boleh bekahwin lain. Itu lah lelaki!!! Aku si cenggeng yang tak suka hidup bermadu. kamu tahu..aku depressi. Aku kecewa ngan hidup..hilang dan terus hilang...! tak..kamu tak tahu! kamu tak mungkin tahu...sekarang kamu dah tahu kan...kamu boleh bertepuk tangan! aku loser..lebih teruk dari kamu. Kamu tahu apa aku buat untuk bangun.... di sini...di sini aku curahkan rasa hati aku. di sini aku ketawa dan gembira. Di sini aku berkongsi segalanya. Aku kurung diri aku. Aku jauhkan hidup dari kelompok aku...yg ada hanya aku...fatah... mama,abah ,along dan adik yang tak pernah membuang aku susah dan senang. Yang sentiasa menggengam tangan aku bila aku sakit. Aku tak mahu terus menyusahkan mereka! aku terpaksa menanguhkan pengajian...setelah mereka bersusah payah untuk aku. Aku tak mahu lagi susah kan mereka....jd, di sinilah...tempat dan kawan aku. aku bercerita..dunia aku. Aku tak harapkan komen dan pandangan org..tapi ini cerita aku. sekarang kamu dah tahu kan.....kamu boleh bertepuk tangan kesukaan setelah aku menganiaya kehidupan kamu tanpa sengaja.
Luke selalu tanya aku...kenapalah aku selalu demam...selalu sangat sakit..cepat sangat sakit. sebab komplikasi dari penyakit aku. Aku mudah demam...aku cepat sakit. Aku tau walupun fatah buat muka cool je..tapi dia sangat risau. selalu bebelkan aku.."have enuff rest la.." , angahlinda plak akan bebelkan aku ke hospital,,,dan mama pasti je cemas saat aku sakit. Aku sedar..dan aku tahu....ramai yang sangat sayangkan aku...jd kamu tak perlu risau...sebab aku akan sentiasa berpura sihat..walupun aku sakit. aku takkan sama sekali bgtau sesiapa aku sakit. dan ketika aku menulis ini juga..aku dah 5 ari tak masuk opis kerana demam....tapi kamu jgn isau..kalu dah ajal aku tiba...aku tetap pergi bila dah sampai masanya,
Kamu nak tahu...setiap kali aku susah hati apa akan aku buat?? ahaha..kamu pasti ketawa...sebab setiap kali aku sedih, aku suka basuh baju. aku akan duduk lama-lama dalam bilik air..sampaikan budak umah pun dah malas nak kata apa. kalu kamu ada baju sebakul..kamu boleh kasi pada aku....sebab saat ini aku sgt perlukan baju untuk dibasuh, aku baru je basuh 2 pasang baju kurung yang aku guna kelmarin dan rini untuk ke open house. jadi, aku boleh senyum seketika kelegaan sebab aku dah lepaskan segala esak tangisan aku ketika menyental baju td. kamu tak perlu risau jugak..kerana aku seorang yang sangat gembira. aku tak perlu 2 minggu untuk senyum, ketawa dan terkekeh ketawa, sebab aku dah pun ketawa td ketika Asma datang umah aku amik pendrive utk report case study grup kami yg aku siapkan sampai tak tido semalaman semalam. kamu tak perlu isau....
kamu lebih mengetahui aku dari aku sendiri...betul kata kamu..aku yang mencipta masalah,jadi aku tak peduli. Betul aku tak perlu amik peduli....tapi aku tak tahu kamu terlupa atau tidak..aku nie seorang pemikir agung yang sentiasa mengambil peduli hal sekeliling aku, Yang sentiasa ingin melihat org sekeliling aku ketawa. Aku tahu, kamu baru masuk dalam hidup aku... kamu tahu tak...aku seorang yg ignorant dan sombong. kamu boleh tanya mana-mana MPP batch aku dan kawan-kawan aku sendiri. tak semudah itu masuk dalam hidup aku, tapi bila aku mula menerima seseorg itu, aku akan menyanyangi dia. walau apa pun dia lakukan..walupun mendajalkan aku..aku tetap akan sayangkan manusia itu. pelik kan...? Izwan selalu bebelkan aku...."lya, nak berkawan tue..tgk2 jugak lya. jgn kawan je..jgn main tima je kawan."
kamu tanya aku..kenapa aku suka masuk chatroom. memang,memang aku suka di layan. kamu tak tahu...aku kosong..semakin aku kehilangan..semakin jiwa aku sakit. kamu tak tahu itu..kamu tak pernah rasa kesakitan yang aku rasa, Bila kamu kehilangan 'dia'....kamu ckp pasal kesakitan. Aku tak mahu pertahankan atau tegakkan benang yang basah. sebab aku tahu..aku pencipta masalah. aku perlu menerima hukuman. Aku sedang berdiri di kandang pesalah! Aku jugak bersalah..aku melanggar janji pada diri aku. jadi aku perlu tima padahnya. Aku perlu sedar, aku perempuan yang tidak sempurna...aku tak boleh berangan untuk mencari kesempurnaan. aku mencari kesempurnaan dalam kamu...untuk melengkapkan diri aku. tapi aku mencipta kesalahan...aku tahu cinta kau untuk dia. Aku bersalah...tapi aku tak sengaja mencipta kesalahan itu. sengaja atau tidak..aku perlu bertanggungjawab. sebab itu, aku telan segala kata kamu...walupun, ada patah kata kamu...buat aku berkecil hati..buat air mata aku makin laju mengalir. aku lemah bukan..lemah pada kamu. aku tak matang...dan aku terlalu muda untuk berdepan semua ini...tapi kamu tak perlu tahu.... Aku tahu aku tak bertanggungjawab..tapi kamu tak tahu, aku masih hidup hari ni kerana tanggungjawab. kalu aku tak bertanggungjawab..di hadapan aku..di dalam almari aku..ada ratusan jenis ubat...ada pelbagai jenis ubat dan kebanyakkan nya ubat tdo. aku boleh amik kesemuanya...dan aku bukan anak kecil bodoh yang nak telan panadol dengan coke pastu jadi benggong menyusahkan nurse-nurse di hospital. Tak!! Aku boleh je telan ubat asthma ini...tak perlu byk ubat asthma, 5 biji je boleh buat jantung bergerak dengan laju dan mengalami kesesakan nafas hinggakan boleh membawa maut. kamu pun tahu itu.. Aku membesar dalam hospital...walupun fatah yang blaja dalam bidang farmasi...tapi jgn ingat aku tak tahu dalam bidang ubat-ubatan. CUMA satu...aku masih waras untuk berbuat sedemikian. Terlalu ramai yang sayangkan aku dan aku sayangkan..termasuk kamu...jadi aku tak akan bodoh membunuh diri. kamu tak perlu risau..dan aku pasti kamu tahu aku takkan buat itu....
Manusia bodohkan aku?membuka pekung di dada..menceritakan kelemahan yang aku lindungi selama ini. Sekarang, kamu boleh bertepuk tangan. aku tak perlu simpati kamu...pasti kamu tanya untuk apa aku menulis ini....jawaapan aku ialah.. sebab ini cerita aku. Aku nak menulis apa yang terbuku di hati...apa yang tak mampu aku zahirkan..dan yang paling penting....aku nak cari satu sebab..untuk aku dapat membina jurang untuk menjauhi kamu.
kamu boleh bertepuk tangan.......aku ingin berhenti menangis.tapi air mata ini tetap mengalir.
kamu nak tahu kenapa ilham umairah?? ilham umairah nama kepada bakal anak aku..yang aku tak pasti..sama ada aku boleh atau tak menjd ibu suatu hari...
sekarang aku tanya kamu...aku kah yang berlari keluar dari syurga..atau aku yang dikeluarkan dari syurga??
1 comment:
Aku harap kamu dan dia baik2 saja. Aku sudah pinjam dia seketika. Dan aku gembira untuk waktu itu. Semalam, kelmarin dan yang kebelakang.
Untuk esok dan seterusnya, aku doakan yang baik2 untuk kamu berdua.
Maaf mengganggu. Aku faham apa kamu rasa kerana aku pernah rasa. Teruskan.
Jaga diri.
Post a Comment