Perkataan!! yerp...minggu yang berkecamuk boleh aku katakan. Hanya dengan beberapa
perkataan, aku bisa ketawa, bisa menangis..buntu..marah,ketawa kembali.
Agaknya,anak-anak buah aku dan team project aku dah mula pening ngan aku.
Ketika buat DFD kelmarin di class, aku takleh nk wat apa apabila dengan sponton nya aku ketawa
bila terlihatkan beberapa perkataan.
ke bazaar ramadhan jugak..aku tersengih melihat agar-agar. kerana ia mengingatkan aku
kpd agar-agar seorang tue yang manja, yang comel dan berhati kecik . ehehehe....
Minggu depan aku dah pulang ke kampung. Selain sibuk dengan sambutan hari raya aidilfitri..
akujugak akan bersibuk menyibuk di walimah Adam. jiran depan
umah aku dan juga rakan sepermainan aku sejak berusia 1 tahun.ehehe...
lama kan we all berkawan. cik adam...walaupun anda hanya tua sy satu bulan sahaja..
.nampak anda jugak telah mengakhiri zaman bujang anda. Redza ngan Saiful pun dah jd suami org..
.yang tinggal aku,Jiji dan katak. isk..isk..camana lelaki bleh kawin dulu pada perempuan nie.
semalam gak Abu tepon aku. Siap tanya bila aku fly ke sana. ehehe...ingatkan mende.
rupanya nak jemput aku ke walimah dia Mac nnt. bagus lah budak nie...ekekkeke..
nampaknya, aku juga masih sendiri.
erm....
Jumaat nnt ada iftar Kapasitor. Aku nak pergi...tapi pelu bawa teman. Aku ajak angah,
tapi angah cam bzzz je. (tapi masih mengharapkan Angah teman)
Aku ajak berlari dari syurga..em..dia tak berani janji lagi sbb kena tgk jadual keje dia,
Maklumlah pegawai HEP universiti.ehehe...Nak ajak agar-agar, malu!
Fatah plak ade lab. erm..nk g sorang,jgn harap lah.
Nanti jd mangsa buli diorg.eheheh...
Untuk berlari dari syurga..thanks. Saya tgh layan laluna..setelah kau pergi.
Terima kasih atas beberapa perkara yang membuatkan saya sedar.
budak degil dan nakal cam saya...mmg susah nk sedar.
Untuk beberapa perkataan yang membuatkan aku ketawa....
Untuk beberapa baris ayat yang membuatkan aku menangis..
semoga aku diberikan Dia ketabahan dan dipermudahkan segala
urusan serta sentiasa di dalam rahmat kasihNya.
amin.
Subuh telah berlalu...aku masih menantikan mesej-mesej untuk
tambahan perkataan yang bisa membuatkan aku senyum lagi sepanjang hari.
....dan sekarang aku masih tersenyum...
No comments:
Post a Comment