Wednesday, September 10, 2008
Mencari Cinta Sejati
Aku tatap bait-bait kata yg terkandung dalam surat yang diutusi Fahri kepada Nurul Azkiya,
"Dalam hidup ini,cinta bukanlah segalanya.Masih ada yang lebih penting dari cinta.Sebenarnya jikalau kita bercinta maka seharusnya itu menjadi salah satu pintu menjalankan ibadah. Jangan lah terlalu turutkan perasaan mu. Gunakanlah akal sihatmu, kerana akal sihat adalah temasuk sebahagian dari wahyu.
Apakah kau sedari dengan apa yg kau lakukan saat ini?Dengan menuruti perasaan mu untuk menyesal dan membodohkan-bodohkan diri, kau telah merosakkan diri mu sendiri. ajaran agama kita yang hanif melarang manusia membinasakan diri dengan cara dan apa alasan sekali pun. memasung diri sampai menderita dengan alasan setia pada cinta adalah perbuatan yang tak seirama dengan sunnah nabi.
cinta sejati dua insani berbeza jenis adalah cinta yang terjalin setelah akad nikah.Iaitu cinta kita pada pasangan hidup kita yang sah. Cinta sebelum menikah adalah cinta yang tidak perlu di sucikan dan di agung-agungkan..." (Ayat-ayat Cinta, Habiburrahman El-Shirazy)
Subhanaallah. Aku terkesima. Belum sempat aku menzahirkan rasa hati ku, angah linda berikan aku satu article. aku tergoda dengan content article tersebut. Tajuk article tersebut ialah istikharah! sebahagian kandungan article tersebut tercatat seperti berikut:
" Mimpi itu bukanlah satu-satunya jalan yang memimpin manusia kepada petunjuk Allah s.w.t. Kadang-kadang petunjuk Allah Taala datang melalui buah-buah iman yang masuk menyerap ke dalam hati sehingga menerbitkan keyakinan dan rasa hati yang kuat melalui keyakinan untuk memilih salah satu di antara beberapa pilihan.Jika kita mempunyai kecenderungan untuk memilih salah satunya, maka itu merupakan isyarat kuat daripada Allah. Pilihlah dulu terimalah seadanya, kemudian solatlah istikharah dan ketika itu pohonlah kepada Allah Taala moga pilihan kita tersebut tepat dan terbaik yang boleh membawa kebaikan dunia dan akhirat. Hal ini diperjelaskan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dalam sebuah doa yang bermaksud:
" Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa pekerjaan ini, baik bagi agama dan kehidupanku dan hari kemudianku, maka berikanlah ia kepadaku, dan mudahkanlah ia bagiku, dan berkatilah ia kepadaku. Jika Engkau mengetahui bahawa pekerjaan ini buruk bagiku, buruk bagi agamaku, penghidupanku dan hari kemudianku, maka jauhkanlah aku daripadanya, dan berikanlah bagiku kebaikan di mana pun juga adanya, kemudian jadikanlah aku orang yang redha dengan pemberian itu." - (Riwayat Bukhari) "
Diriwayatkan, Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: Kamu diwajibkan berperang, sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi (pula) kamu suka kepada sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu. Allah jualah yang mengetahui, sedang kamu tidak mengetahuinya. (Al-Baqarah: ayat 216)
Aku tak mampu mengatakan apa lagi. Otak ku tepu dalam penafsiran cinta sejati. aku mula bertanya pada diri akan definisi cinta sejati. Aku ajukan soalan pada yang lebih arif akan cinta sejati dan pencinta agung. Jawab sahabat ku, "I think people who admit diorg tue pencinta agung adalah seorang yang pimp. tak ada pencinta agung yang berani mengakui dia pencinta agung kerana sesungguhnya cinta itu tidak sempurna melainkan cinta pada penciptaNya," Usai sudah berdiskusi dengan sahabat, lalu kembali perkongsian bersama angah kesayangan ku. (p/s; untuk angah..gudluck test!!ekekke) kata-kata angah sikit sebanyak mencelikkan minda ku. Dalam mencari cinta yg sempurna diantara ketidak sempurnaan, manusia sering terleka dan terlupa. Cinta sepatutnya tidak mengajar manusia menjadi hanyut dan sesat dalam mengangungkan cinta, tapi sebaliknya menjadi pembakar jiwa dalam memdidik cinta terhadap agamanya. Lantaran itu, kejarlah cinta kerana Allah, bukannya kerana menuruti fitrah manusia atau kehendak hati.
Ku pujuk-pujuk hati. Suatu masa lalu, aku pernah terlalu kecewa hingga hampir membunuh keyakinan dan jiwaku. Saat itu, sahabatlah yang meminjamkan aku kekuatan dan kesabaran dlm melayani karenah aku. kata fairuz, aku perlu tinggalkan semua yang menyusahkan aku dan kembali dalam realiti kerana realiti tak seindah mimpi. hari ini, aku berdiri di sini. Tak mahu lagi menoleh kebelakangan. Tegas dan harus kuat berdepan dengan dugaan terutama dlm berdepan dengan kehidupan yg semakin singkat. Angah dan Fatah tak pernah putus menjadi tulang belakang aku. Andai ini ialah ramadhan terakhir aku, sekurang-kurang aku tak akan pergi dalam penyesalan. aku tak ingin lagi mengeluh dengan kehidupan namun bukan lah aku terus menyerah pada takdir. Aku akan berjuang hingga nafas terakhir.
Kebelakangan inii, kesihatan diri tidak berapa baik.Terasa sengatan dan menyucuk2 badan dan setiap tulang sendi aku. Suhu badan yang sekejap panas dan sekejap mengigil kesejukan..membuatkan aku tidak berapa selesa. Sakit tulang belakang nie, Allah je yang tahu betapa peritnya. Aku tak mahu mama tahu...nanti risau plak kedua org tua ku. Semoga Allah memberikan aku kekuatan dan pertunjuk utk terus meniti kehidupan.
Suatu masa dulu,aku sering bertanya pada Fatah,kalu aku pergi jauh..adakah org akan menangis mengingatkan aku dan adakalanya aku cam tak puas hati dengan jawapan fatah. Tapi skrang, kalu boleh aku tak mahu org menangis kepermergian aku..sebaliknya,aku buat org ketawa dan mengingati kemanisan yang aku tinggalkan buat mereka. Tak salah menjadi dian menerangi hidup orang lain walaupun terpaksa membakar diri. ahaha....tetiba teringat solan Raja Azwan pada aku, pakwe angkat atau pakwe olok-olok juga merangkap sahabat baik aku tue..."transformasi ke arah anjakan paradigma ke??"
Subuh telah berlalu dengan persoalan dan jawapan kepada pencarian makna cinta sejati dan erti kehidupan. Lantas, aku juga perlu segera berlalu..kejap lagi class ganti jam 9pg. Ku akhiri dengan secebis bingkisan doa:
"Ya Allah… Seandainya telah engkau catatkan… Dia milikku tercipta buatku… Satukanlah hatinya dengan hatiku… Titipkanlah kebahagian antara kami…. agar kemesraan itu abadi… Dan ya Allah… ya tuhanku yang maha mengasihi… Seiringkanlah kami melayari hidup ini… Ketepian yang sejahtera dan abadi…Tetapi ya Allah… Seandainya telah engkau takdirkan… dia bukan miliku… Bawalah ia jauh dari pandanganku… Luputkanlah ia dari ingatanku… Dan peliharalah aku dari kekecewaan….Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti… Berikanlah aku kekuatan… Melontar bayangannya jauh ke dada langit… Hilang bersama senja nan merah… agar aku bahagia… Walaupun tanpa bersama dengannya…Dan ya Allah yang tercinta… Gantillah yang telah hilang… Tumbuhkanlah kembali yang telah patah… Walaupun tidak sama dengan dirinya…Ya Allah ya tuhanku… Pasrahkanlah aku dengan takdirmu… Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan… Adalah yang terbaik buat ku… kerana Engkau maha mengetahui… Segala yang terbaik buat hamba Mu ini…Ya Allah… Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku… Di dunia dan di akhirat… Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini… Jangan engkau biarkan aku sendirian… Di dunia ini mahupun di akhirat… Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran… Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman… Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup… Ke jalan yang Engkau redhai… dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh…."
Amin.. Ya Rabbal A’lamin.

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
salam....bagus2..terharu lak rase...papehal keep the good work...
salam...bgs2..keep up the good change...papehal bersyukurlah sebb ko dah sedar cinta Tuhan tu macam mana...
Post a Comment