inilah orgnya... Nama saudara yang telah bertanggungjawab menyebabkan aku terpengaruh dengan DA ialan Encik Izwan Ariff Shaharudin (gambar di sebelah kir). Beliau berusia 24 tahun dan berasal dari Selangor. Sekarang menetap di Bukit Beruntung,selangor. Beliau merupakan graduan dari Universiti Putra Malaysia dalam jurusan Kejuruteraan Aeroangkasa dan kini masih lagi dalam latihan untuk TAME (Trainning for Aircraft & Maintenance Engineering..kalu tak salah aku la..). Orang nya suka berkaraoke selain bermain raket (ahaha..badminton), futsal/football...dan paling suka bermain game CS serta permainan game computer yang lain la. Beliau merupakan anak sulung dari 4 beradik dan satu-satunya lelaki (cam saya la..satu2 ya perempuan) Izwan nie atau yg suka hati aku panggil Wan ini memang amat mengagumi David Archuleta. Big fan of Mr. DA. kata Wan DA nie baru je berusia 18 tahun namun amat berbakat. Wan mula yg mula-mula mempromosikan lagu Crush sampai aku addicted plak. Pastu, aku mula lah mendengar lagu DA yang lain dan antaranya menjadi kegemaran aku ialah Crush, The long and windy road and think of me.
Acually banyak lah lagi lagu yang aku minat. selain dari aku minat dengar lagu, aku jumpa memang suka sangat karaoke. sejak sekolah lagi. Kalau dulu time sekolah,Anz Hazrul, Faizal dan juga Along aku yang selalu menjadi team karaoke aku. Tapi kalu kat Shah Alam nie Chenor, Saloma dan sesekali Fatah dan Fairuz, Ekin dan Fida menjadi team karaoke aku. Oh ya lupa..adik aku kamal..pun hantu karaoke gak. Kamal sekrang masih belajar di tahun 2 dalam kejuruteraan Mekanikal di Universiti Teknikal Malaysia,Melaka atau UTEM. Selalunya, bila balik penang sama-sama, sure seblom sampai umah...tempat karaoke lah menjadi sasaran kitaorg, jahat siot.
Selain itu, aku juga aktif dalam bidang penulisan. Of coz la...blog aku nie salah satu cabang penulisan aku dalam menumpahkan apa sahaja yang terbuku, Aku juga selalu menulis puisi dan selalu nya puisi ini aku jadikan koleksi peribadi atau sesetangahnya aku siarkan dia website2 tertentu sebagai perkongsian bersama. Aku masih lagi memperbaiki penulisan aku. disamping puisi, aku juga mula menulis cerpen sendiri..tapi masih baru lagu. Masih merangkak, insyaAllah..akan aku cuba memperhebatkan lagi penulisan cerpen agar aku boleh melangkah ke arah penulisan yg lebih berat seperti penulisan skrip dan juga novel. Bidang penulisan nie..angah dan kak Felicia atau nama sebenarnya Lim Fheng Fheng yang banyak memberikan aku semangat dan inspirasi menulis. Kak Lim Fheng Fhen merupakan salah seorang pendeklamasi puisi peringkat kebangsaan yang acapkali juga muncul di kaca TV serta radio dan merupakan anak kepada tokoh sasterawan negara, iaitu Uncle Lim Swee Thing.(kalu kak fel baca sure dia kembang....ahahha..ampun ye kak.ehehhe) bagi sesiapa yang nak melihat hasil puisi aku boleh la masuk ke dalam kapasitor bahasa di alamat http://www.kapasitor.net/ atau melawat blog prinzessin revolution (klik di link blog prinzessinrevolution di sebelah kanan page ini..).
Aku juga suka sangat dengan teater, live performance dan baskin'. Kalu baskin, biasalah..CM lah menjadi tempat aku lepak untuk lihat performance. Live performance pun..depends dengan penyanyi jugak. bukan semua live performance aku main hentam masuk je. Kalau teater pulak, aku memang aktif sejak sekolah lagi. Cuma kebelakangan ini, aku lebih gemar menjadi pemerhati dan pengkritik . antara teater yang aku paling suka ialah siti di alam fantasi (teater pertama aku tgk ketika sekolah menegah), alang rentak seribu, paku alam dan erm..apa lagi erk. Aku dah tak ingat. tapi paku alam memang kelakar. superhero pun best jugak. InsyaAllah 14 November ini,aku akan menyaksikan satu lagi teater bertajuk Gelanggang Tuk Wali. dah tak sabar nk tengok..sbb ada sesuatu yang menggembirakan aku ketika pementasan ini di jalankan kelak. nak tahu..tunggu la. nanti aku akan citerkan pada entry persembahan itu kemudian.ahahha...
selain itu,aku sangat suka menonton cite korea dan jepun. Addicted sangat. Di bawah antara cite-cite yang menjadi kegemaran aku
selain itu juga aku sangat gemar membaca. Aku ada banyak koleksi novel dan antaranya ialah:-
- Andai itu takdirnya
- Kisah Kasih
- Ayat-Ayat Cinta
- Cinta Pertama
- Adam dan Hawa
- Bukan Cinta Biasa
- Saat Cinta bersemi
- Kaulah Kekasih ku
- Diari seorang Guru
- Dan sena pun berguguran
- Kasih Abadi
- Pilot cafe
- Lagenda Budak setan
- cinderella 1998
- Sekeping kad,sejambak bunga dan sebentuk cincin
Itu antara sebahagian yang aku ingat lah. banyak lagi novel yang telah aku baca dan menjadi koleksi aku. Aku sangat suka membaca sejak dari kecil lagi. ok settle bab membaca, satu lagi hobi aku ialah aku sangat suka berjalan. Aku suka makan angin. Di Malaysia nie,alhamdullilah..tinggal Sabah dan Sarawak je aku masih belum sampai. Manakala semenanjung Malaysia, boleh dikatakan hampir semua tempat pelancongan aku telah singgah untuk bercuti. ekkee...aku paling suka pantai, air terjun dan pemandangan dari tanah tinggi. Selain itu, aku juga sangat suka melayai internet dan boleh dikatakan agak addicted ngan blogger, friendster, facebook, kapasitor dan beberapa lagi website yang menjadi website utama akan aku laari setiap hari.
Last but not least, aku sangat suka makan aiskrim dan kek kat secret recipe. kek yang menjadi favourite aku ialah Kek Strawberry chochalate, Banana Choclate, white choclate macadamia, choclate indulgence, dan juga carrot slice (brownies). but usally, kalu ke secret recipe..menu utama aku semestinya banana choc dan strawberr choc cake. nyum..nyum.. .Itu bab kek, kalu ice cream pun lebih kurang gak aku sangat suka ice-cream kat McD selain dari baskin robin dan hagzen dazes. kebelakangan nie, aku dah addicted ngan Mcflurry Oreo. dan McFlurry mudpie yang baru selain strawberry sunday. Itu lah menu aiskrim kegemaran ku kebelakangan ini.kebiasaannya, aku akan ke Secret Recipe atau ke McD beli aiskrim (sbb aku tak bape lalu makan makanan McD selain aiskrim dia...pelik tapi benar!) ketika aku stress untuk mendapatkan ubat ketenangan jiwa aku. Hasilnya...lihat sahaja pipi ku yg semakin chubby niie. ahahha..
Aku kira..entry kali ini sangat panjang.....better aku off dulu. badan pun dah melekit nie. nak g mandi dan makan. Lapar sangat. bukak puasa dengan puteri mandi je tadi.
**untuk angah aku dan sahabat2 yg setia membaca aku tulis yang entah apa-apa dan merepek2 nie..tima kasih korang. buat silent reader...selalu2 lah menjengah blog aku.
ok lah..ciao!!! Adios.
No comments:
Post a Comment