Saturday, January 19, 2013

Monster



Andaikan...suatu hari anda bangun dari tidur,dan tanpa disedari anda sukakan seseorang. Seseorang yang pada lahiriahnya nampak terlalu sempurna,yakni memiliki apa yang anda inginkan dan impikan selama ini....secara tak langsung manjadikan anda seorang yang sangat bahagia.

Dan selepas bertahun-tahun bersama, anda baru perasaan manusia yang anda katakan sempurna itu rupanya seekor raksasa atau dalam Bahasa Inggerisnya, monster. Sanggupkah anda terus bersama?Atau minta saja putus di tengah jalan?

Bersyukurkah kita dengan apa yang kita ada...atau sebenarnya, kita yang terlalu mendambakan kesempurnaan sehingga kita tidak mampu menerima kenyataan, hakikat akan ketidaksempurnaan?

Cinta yang dibina pada hari pertama...adalah cinta yang sama pada tahun kedua, ketiga....walaupun pada tahun ke 50. Tapi,kenapa rasa cinta itu boleh tawar dek masa dan ketidaksempurnaan?

Kita yang menipu cinta atau cinta yang menipu kita?



Cinta itu, tak semestinya dimiliki bukan?!   :)

Friday, January 18, 2013

감사합니다 칭우!




Heys,

Dua hari yang agak sibuk. Sibuk dengan perkara-perkara tak berfaedah. HAHA...

Thanks to my brothers, Ivan and Sukhbir.Also to Encheck Ahnep.

Dan kerana mereka bertiga ini...dengan jayanya dan penatnya...aku dapat tengok Samsung Golden Disk Award 27th dengan percuma tanpa perlu beratur. Thanks to Sukh juga..sbb re-schedulekan jadual dia untuk  aku. Horray! Sayang korang semua!!



Dengan gembiranya, YongHwa, JongHyun,MinYuk, JungShin,Hongki, JoongHoon, FTIsland, Taemin,Minho,Shinee, BTOB,BEATS,KARA, SISTAR, Miss A, G-Dragon, Super Junior ,B14A,EXO-K dan lain-lain di depan mata.

Daebak!!!


감사합니다 칭우 (Kamsahamida,Chingu) !!!



p/s: cuma masih tak berkesempatan jumpa Kim Hyung Joong, SS501 dan Lee MinHo.



CNBlue


Saturday, January 12, 2013

12 hari



Hari kedua belas dalam tahun baru, dan merupakan tahun ke-lima bg blog ni. 

Dulu, mula-mula aku menulis di sini selepas aku menjalani pembedahan. Diam tak diam, dah lima tahun la juga berlalu. Tak perasan sungguh. 

Cuma,setahun dua ni, semenjak aku sangat berkerja dgn aktif di salah sebuah syarikat suratkhabar berbahasa inggeris di negara, aku semakin sukar menulis. Banyak perkara yang aku,aku lebih rela diamkan daripada menulis di sini. Satu perubahankan?!

Mula-mula, aku ingatkan kerana kesibukkan,aku jarang masuk ke sini. Tapi bila dilihatkan kembali, jika ada masa senggang pun..aku tetap tak banyak menulis. Banyak perkara yg berlaku dalam kehidupan,yang aku rasa lebih baik di diamkan sahaja dari berkongsi. Ataupun,sekadar berkongsi dengan keluarga dan rakan-rakan terdekat. 

Kebelakangan ini juga, aku sering teringat kenagan-kenagan lalu dan betapa aku dan kawan-kawan sudah jauh melangkau dari zaman kami bersekolah, zaman university, zaman cinta monyet...cinta yang menyakitkan,alam perkerjaan dan alam berkarier. Antara begitu banyak masa dan zaman, majoriti kawan-kawan aku sudah melangkau zaman berumahtangga dan  ada begitu bertuah sudah bergelar ibu dan bapa sepanjang tahun 2012 yang lepas. 

Antaranya,

Sue Hafiz                             
 - Dah selamat dgn 2 anak,anugerah dari cinta pertama dan terakhir dia.

Nurul Huda                             
 - expecting and insyaallah due bulan March ni.

Faezah Farah, Zuwairi, Ain      
 - Engaged and counting days and nights

Adda Naziri, Firdaus               
 - Selamat sudah meng"upgrade" status sebagai "isteri"seseorang.

Along Qaira                             
- Dah jadi papa kepada si cute Firra Nur Kayissa dan automaticnya aku upgrade status jd Auntie Lya! LOL                                         

Aku pula. sibuk dengan kerja dan aktiviti aku seharian. Macam biasa. Cuma sekarang aku melangkah lebih laju dan jauh dengan kerjaya aku. Syukur,alhamdullilah..dengan adanya keluarga dan kawan-kawan tersayang. Harap-harap aku boleh melangkah lagi jauh lagi. 

Dalam kesibukan ini juga, syukur keatasNya,aku dapat melepaskan bayangan Abang Amer sepenuhnya. 
Sesungguhnya, dia tidak ditakdirkan untuk aku kerana kemungkinan ada yang lebih baik untuk aku menanti dihadapan. Dan untuk itu, aku pasarahkan sahaja pada Allah s.w.t. Aku doakan Abang Amer berbahagia dan bergembira hendakNya. Cukuplah dengan segala kesedihan yang dia dah lalui. Dia sepatutnya bergembira :) 

Untuk kesemua rakan-rakan dan orang yang mengenali aku, bersempena tahun baru ini...aku ingin memohon ampun dan maaf yang tidak terhingga di atas segala yang terjadi..baik dari segi kata dan perbuatan yang sengaja atau tidak disengajakan.  

Kepada yang aku pernah sakitkan hati..yang pernah aku mainkan perasaan, aku susun ampun dan maaf. 

Aku harap, tahun baru ini, insyaallah akan ada banyak perkara baik yang menanti aku dan seisi sekeliling aku. 

Aku tinggalkan entri kali ini dgn video dari BigBang. Ops,jangan salah paham...aku bukan peminat fanatik BigBang. Tapi makna disebalik lagu ini..yang buatkan aku suka lagu ni.  

Lagu ini..dan situasi aku kini..sekarang,tak banyak bezanya. 





Bye.