Tuesday, August 2, 2011

tahun berganti tahun...

25 Disember 1999...

Dia dibunuh dengan kejam.

dan pada tarikh yg sama...aku dgn gembiranya meraikan hari lahir aku yg ke-14.


Bila aku pejamkan mata.. dah 11 tahun dia pergi. Meninggalkan keluarga tersayang. kalau dia masih ada...mesti usia dia dah 31 thn sekarang ni. Barangkali dah ada keluarga sendiri.. Tapi Allah lagi sayangkan dia.

* Sighhhhh~~

*pejamkan mata lagi!

Hari ini..dah masuk 2 ramadhan..cepat sungguh masa berputar. Bila masuk 15 ramadhan..genap sudah 10 thn arwah acik tinggalkan aku,mama dan family. Dan utk selama 9 tahun yg lepas ni..kami masih tak pernah gagal menanti kepulangan di malam raya. Mungkin dah terlalu terbiasa.

**Sigh~~

Dah 10 thn..tapi aku rasa mcm semuanya bagaikan baru semalam. Baru semalam aku habiskan SPM...baru semalam aku tamat pengajian di Uni..baru semalam aku kehilangan achik..baru semalam aku bergelumangan darah adik dan dikhabarkan adik tak dpt diselamatkan dlm kemalangan. Baru semalam..along putus tunang. semuanya bagaikan semalam.




Sekarang, aku semakin tidak jelas apa akan jd pd 10 thn akan datang!

No comments: