Wednesday, July 27, 2011

Hampa hatiku..

Ok..masih tak berpijak di tanah!

5 min cemburu..5 min ketawa..lepas tu stress menjerit melalak..pastu ketawa balik! dah jd macam orang tak betul. Aku rasa aku dah kena sampuk! haahahaha....

Bodoh!




Tuesday, July 26, 2011

Hati sedang penat ..

Teringat dialog dalam satu drama," Cinta itu adalah penawar dan cinta itu jugalah racun. Cinta itu suka, cinta itu duka. Justeru itu sebagai manusia, kita kena kuat. Kerana cinta membuatkan manusia berdepan dengan seribu satu dugaan. Kerana cinta itu mengajar kita erti susah..tabah dan perjuangan..."

Allah ciptakan Adam sebagai khalifah pertama..dan kemudian dijadikan Hawa dari tulang rusuk kanan Adam bagi menemani Adam di dunia utk mengubat kesunyian dan menemani suka-duka Adam. Namun, hidup mereka tidaklah begitu bahagia. mereka di uji dengan pelbagai ujian apabila mereka perlu berpisah lantaran kekhilafan Adam dan Hawa.Mereka dibuang ke dunia yang dan perlu berjuang mengharungi dugaan sebelum dapat bersatu kembali. Mereka bersatu kembali kerana hidup Adam tidak akan lengkap tanpa Hawa. Ini kerana Hawa diciptakan dari sebahagian tubuh Adam,yang dekat dihati untuk dibelai, dimanjakan dan dikasihi.

Cinta Adam dan Hawa tidak sampai di situ sahaja, kemudian lahirnya generasi kedua Adam dan Siti Hawa. Benih kasih sayang Adam dan Hawa maka lahirlah dua pasang kembar, Qabil dan kembarnya Iqlima kemudian kembar kedua Qabil dan Lubuda. Kemudian, Qabil dikahwinkan dengan adik Habil,Lubuda dan Habil pula dikahwinkan dengan Iqlima. Namun, pernikahan itu ditentang hebat oleh Habil hinggalah tercetusnya pembunuhan pertama di muka bumi.

Bertapa cinta itu terlalu banyak membawa suka dan duka, dan bertapa terlalu banyak pengorbanan.. dan kesabaran diperlukan.

Cinta bagi aku masih terlalu jauh untuk diperkatakan. kerana aku sendiri tak yakin apa itu cinta. Aku masih lagi gagal membezakan cinta, kasih dan sayang. Usia aku bukanlah muda lagi, dah lebih suku abad. Tapi entah kenapa selama ini aku tidak pernah risaukan itu semua. Aku sibuk dengan kerjaya.Sibuk mengejar harta duniawi.

Dan sehingga hari ini..aku ada hampir semua. Ada rumah dan keperluan rumah yg lengkap (walaupun bukan rumah sendiri)..ada kereta hasil titik peluh sendiri...ada kerjaya yg tetap ..ada pelajaran..Alhamdullilah. Selama ini aku tidak pernah rasa kekurangan. Entah kenapa petang tadi...aku teringat perbualan aku dengan bro kat studio department aku. Soalan yang aku tak jangka. Soalan tentang Abang Ame.


Yer, dua tiga hari ini aku teringatkan dia. Dalam kesibukkan settlekan filler ad yang ada problem, sempat lagi bro tu tanya pasal aku dan Abang Ame. Tetiba aku rasa dunia aku bagaikan terhenti sekejap. Sekejap itu sudah cukup untuk menyedarkan aku yang selama ni..aku dah lama sangat membekukan hati,diri dan perasaan. Antara aku dan Abang Ame..dah hampir nak masuk 4 thn berlalu. Dia itu persinggahan sementara yang paling indah dalam hidup aku hinggakan aku bekukan hati aku. dan selama beberapa tahun itu juga, dah ramai hati lelaki yang aku sakitkan...yang aku kecewakan. Yang aku jadikan sandaran untuk aku bangun dan berpaut..kemudian apabila aku mula berjalan, aku buang mereka dari sisi.


Kemudian baru aku teringat. Hujung minggu ni, rombongan merisik untuk adik lelaki aku akan ke rumah pasangan dia. Dan pada raya ke-6 nanti...kira-kira sebulan lagi, adik aku akan bertunang. Bila mengingatkan itu, aku jadi ketawa sendiri. Dan aku terpikir, bagaimana kalau esok aku mati dan aku tak sempat kecapi kebahagian berumah tangga. Ada suami yang menjaga keselamatan..makan pakai ..sakit aku. Ada seseorang yang tidak akan membiarkan aku terluka..yang akan melindungi aku bila masa dan dimana aku berada. yang akan memimpin tangan aku ketika melintas jalan...yang akan memeluk aku ketika aku sedang dlm depressi..yang akan memandu kereta bila aku terlalu penat utk memandu pulang...yang akan memujuk aku makan ketika aku sibuk dengan kerja-kerja di pejabat. Yang setiap minitnya adalah aku. Yang meletakkan aku sebagai tanggungjawab dan amanah yang diwarisi dari kedua ibubapa aku. Dia yang membuatkan aku rasa selamat disisinya!

*Tarik nafas*

dalam hidup aku sebenarnya, aku dah cukup bertuah. Aku memang cukup kasih sayang. Bahkan mungkin juga melimpah ruah kasih sayang. kasih sayang dari mama,abah,along dan adik. Kasih sayang dari kawan-kawan. Siapa kata aku kurang kasih sayang.

"Tanya sama hati, Apa asal sayang?
Adakah tandanya nampak dipandang?.."


*tersenyum*


"Tanya sama hati,Pernahkah merindu?
Ingat masa lena,apa mimpimu?
Masa berjauhan...apa nan dikenangkan...
Bila difahamkan..Itulah sayang....."


*ketawa*


Aku rasa..aku dah cukup gila. Doktor cakap aku depression sebab isu Maybank Treats last week. Jiwa tertekan. Dan dalam keadaan aku sedemikian, aku tersentuh dengan tanggungjawab dan hati budi seseorang. Terserlah sangat kasih sayang dia kat aku. Dia buat aku rasa gembira macam aku dengan Abang Ame dulu. Bila terlalu banyak ketawa,kemudian aku jadi takut. Ada rasa cemburu menjengah hati diikuti pulak perasaan takut. Aku tak sanggup kehilangan sebagaimana aku hilang Abang Ame. Aku takut kalau aku bukakan hati ini seluasnya..kemudian dia kecewakan aku...aku takut ia jadi lebih teruk daripada apa yang aku lalui dengan Abang Ame.

*Ketawa lagi....*


Aku benci..kerana aku tak mampu nak keluarkan dia dari ingatan aku! Innalilah...Allah sedang menguji aku kala ni..


Tarik nafas dalam-dalam. mesti mama terkejut tgk keadaan aku ni. badan dah la susut... hidup oh hidup. Penat la...




Moga aku kuat hendaknya...!!!




Sunday, July 24, 2011

YMFT....

I wanna be your most favorite thing!






Saturday, July 16, 2011

Tanpamu ...





Dear the other half, grow old wth me, will you??

Monday, July 11, 2011

Serentak


Bermula 12 July sehingga 29 July 2011- akan berlaku rombakan besar-besaran dalam kehidupan aku.

Ye, besar sangat! Hinggakan ada rasa takut...gembira..gelisah...semua rasa itu bergumpal menjadi satu dan utk berdepan kesemua rasa itu aku perlukan keberanian. Berani tak bererti tidak takut...

Oh rombakan itu bukan bermaksud aku akan menamatkan zaman bujang. Oh tidak! Itu..kebarangkaliannya masih jauh, aku rasa.






...dan sehingga 1 Ramadhan, rakan-rakan..silalah bersabar dengan aku.




Thursday, July 7, 2011

PAR course and Kelly Moore!!

Dah lama tak update blog!

Busy sangat. Segala tentang supplement memang memeningkan kepala!

Buat masa sekarang, aku tgh attend course tentang Performance Appraisal review. Boring..but what to do. Compulsary utk attend. (Malangnya....) Tadi macam got alot of things to share here. Bajet nak story pasal so called "KPI" thingy....pasal appraisal....pasal rewarded and bonuses things...Sakali cam malas plak! hehe...

Anyway..thanks kat Mr H. Dia tunjukkan aku b-Hobo by Kelly More yg keluar dlm Star Byte spull out today! Demmit! nak sangatttttt!!! Tapi gila bapak mahal! Yang b-Hobo ni harga Rm560+. Giler la! tapi memang nice! hehehe...takde sesiapa ke nak kasi birthday gift kat aku? hahaha..boleh tak nak demand b-Hobo? hehehehe


Aku nak yang kaler hitam punya! hehehe....

Mungkin pada yang tengok..mesti kata aku giler nak beli handbag mahal2 cam ni. Nope. it's not becoz of handbag...but...sebab ni ialah beg camera!! tak caya?

Oklah..sila klik di sini : Kelly Moore.


Menarik bukan? Senanglah kalau aku nak bawa camera ke office bila aku kena amik gambar! hehe....