Sunday, January 30, 2011

Tanggung+jawab= responsibility

Banyak sangat yang terjadi lewat kebelakangan ni.

Percutian selama 3 minggu aku akan berakhir minggu depan. Selepas chinese new year, aku akan mula melangkah setapak lagi kehadapan. keje baru..company baru...suasana baru. Semuanya serba baru. Perasaan getar dan resah..tak payah cakap la.

Terlalu banyak yang aku pikirkan...sepanjang tempoh percutian. Tentang kehidupan..tentang tanggungjawab. Tentang fasa kehidupan manusia... Dari kecil, kita dibesarkan ibubapa..alam persekolahan..alam kolej/universiti dan kemudian alam pekerjaan dan alam pekahwinan. Hingga itu..terlalu banyak pengorbanan dan air mata perlu diberikan.

Perkahwinan misalnya..bukanlah sekadar berlandaskan cinta..suka..dan sesetengahnya disebabkan ingin memenuhi kehendak seks yg halal. Tapi perkahwinan itu adalah tanggungjawab. tanggungjawab kepada diri sendiri,pasangan.. keluarga,masyarakat dan agama. namun, adakah kita sedar itu semua?

Bila bercerita tentang hendak menjadi raja sehari...semua indah. rancang itu ini bagai nak rak. Semuanya nak diadakan..tapi kesudahannya berhutang. Bergolok-gadai itu dan ini..akhirnya bercerai berai sebab tidak sepahaman. Apa yang aku lihat di hadapan mata aku skrang..itulah terjadi. Contoh paling dekat dengan aku...berkahwin atas suka sama suka..tapi selepas berkahwin...sentiasa bergaduh kerana tidak sefahaman. Yang menjadi mangsa anak yang masih kecil tak mengerti apa-apa. semuanya kerana pasangan ini masih gagal memahami tanggungjawab sendiri dan terhadap pasangan serta keluarga.

Betul kata Hanif, aku ni sangat pemikir..kadang-kadang apa yang aku pikir melepasi tahap yang sepatutnya aku pikir. Aku perlu banyak berehat..utk melangkah ke tempat baru....aku kena betul2 bersedia. menjadi pegawai yang paling muda ..adalah sesuatu yang sukar apatah lagi bakal staff aku ialah orang2 yang lebih senior dan lebih tua dari aku.

kemmon! caiyok2...

doakan aku. ..

No comments: