Saturday, June 27, 2009

Seribu satu cite...

rini aku off keje. bos bagi aku off, so rini aku tak masuk office. dah la semalam tido sampai kul 3 pagi sebab dok berym dgn org jauh. tak lama lagi..diorg nak balik sini. Insyaallah 30hb konvo diorg. sabtu pagi papa ngan mama dan seluruh keluarga dia akan sampai disana untuk meraikan konvo master dia. congrate!

pagi ni...tido aku dikejutkan dengan sms dari angah. Tapi mungkin juga aku dibawah pengaruh ubat..maka aku sambung je tido lepas baca mesej tu (ampun angah!!) tapi..bila aku betul-betul terjaga, time tu jam 11.30 pagi..(hahaha..anak dara bangun lambat..kih kih)..aku baca balik sms angah. terkejut..tak caya sume ada. bukan apa..bukan pertama kali angah kata break up dgn abg F****** (okeh tak boleh sebut nama..sbb nnt org yg kebetulan sama nama akan perasan plak! hihihi). Angah bgtau dia ada kat shah alam (maklumlah..org tu dah masuk class balik jd student buat master..) so, aku ajak angah lunch ngan aku tp angah plak dah janji nak jumpa Fara. Kebetulan si Fara YM maka...boraklah YM ngan Fara. sekali Fara ajak makan sama-sama. Apa lagi kelam-kabutlah siap. janji 10 minit, tapi makan masa 15 minit la gak nak siap sebagai.

Destinasi kami...luar sikit dari Shah Alam. Iaitu Jusco Bukit Raja. Bila sampai kat sana kereta Fara dah berasap. Cuak gak si Fara ni. Aku plak maybe sbb blur-blur, so aku takde rasa cuak sgt. Sempat gak la makan..merayap pusing-pusing..angah ngan Fara sempat shopping lagi. Fara beli baju...Angah beli batu ajaib yang boleh kasi tenaga batin untuk pulihkan kesihatan. Aku pun tatau la nama apa batu tu..janji batu bentuk lampu la. (lupa plak nak amik pic tadi. isk isk isk..)
Bila mechanic sampai...kitaorg pun turun...katanya, air dah kosong. So aku ngan angah pun gi la mengangkut air dari tandas yang separa jauhlah juga. Makin kurus plak rasa..hahaha... Lepas dah settle masukkan air ke dalam enjin...kami pun naiklah semula ke jusco..sessi shopping dlm masa yg singkat. sbb Fara nak belikan present kat adik kecik dia. beli transformer la katakan. hehehe..(kakak yg baik ni!)

Kat bawah ni pic bersuka ria di Jusco Bukit Raja.



Lepas shopping dengan tergesa-gesa, Fara ngan Angah perlu bergegas masuk kedalam UITM untuk amik kunci lab. Tapi bila on the way nak balik tu.boleh plak tersalah jalan. (angah lah ni silap tunjuk jalan...) so boleh terkeluar kat Highway Perlabuhan Klang Utara. Aku pernah guna highway tu nak gi umah adik Ain kat Perlabuhan Klang Selatan time nak gi jamuan hari raya tahun lepas kat umah Ain.hehehe...Dah dekat ngan Jusco Bukit Raja dah tu. hahahahha. so perjalanan jd sedikit jauh..so kami pun keluarlah kat highway elite, dekat dengan NST Bukit Jelutong. sampai dekat traffic light nak menghala ke Giant ke-13, nak menghala ke federal highway, kereta Fara buat hal lagi. Maka, kami pun terpaksa berhenti..dan demi keselamatan, terpaksalah kami parking dekat area Jln batu 3 lama mengala ke SSF curtain untuk sejukkan kereta.

Again, Fara dah cuak..and keep calling ayah dia. sementara menanti ayah Fara, tow truck dari kurnia insurans sempatlah juga kami berposing amik pics. Akan tetapi..semakin masa berganjak..kawasan yg sedia terkenal dengan menakutkan itu menjadi semakin menakutkan. Adakala..kami lepak kat luar kereta sebab terlalu panas dan nak tengok enjin kereta..dan ada pula terpaksa lari ke masuk dlm kereta sbb terlalu banyak anjing dan monyet-monyet (aku tak tau la monyet ke beruk ke apa..tapi adik beradik tu la...) berkeliaran terlalu banyak sekitar kami.

memandangkan keadaan bagaikan kurang selamat...aku dengan rasa tak sedap hati..maka aku hubungi Azham. Mujur Azham ada kat Shah Alam. Dalam masa lebih kurang 15 minit, Azham pun sampai..kemudian diikuti plak Fairuz. Mujur,alhamdullilah.Boleh gak buat semangat! Takde la cuak sangat. Azham dgn Fairuz la yang bantu we all tunjukkan arah kepada ayah Fara dan Tow truck yang ntah mana dah sesat. hehehheeh..okeh la..tgk pics je la. dah tak larat dah nak taip panjang2. hehehehhe....







settle je naik tow truck kereta tu, Azham tolong antarkan aku,angah dan Fara balik. Thanks so much pada Fairuz dan Azham. Oh ya..sebelum balik. aku,Fara,angah dan Azham..we all gi makan kat Geng's Corner. Rindu gile nak makan kat situ. hehehhe......



(video Fara ngan Angah-klik butang play utk tgk reaksi diorg yg comel.hehheh)


sampai di umah...tengok Nur Kasih..pastu kemas almari. maklumlah beli almari baru. Almari lama dah rosak. Alang-alang..kemas terus bilik. nampak la tak serabut sangat.heheheh...penat tak yah kata la...tapi untuk hari ini..dah cukup melucukan.

Untuk angah yang putus cinta..hopefully apa yg terjadi rini..buat angah ketawa sepuas2nya..dan sila...jgn kuruskan lagi badan yg dah cam kurus tu. tak comel la tak tembam. Sila tambahkan balik ke"tembam"an pipi semula. tak best la kurus2..tambah2 pipi. huhuhu..tak best.

Apa pun...aku SANGAT sayangkan Angah dah Fara.

till here today...aku dah penat sangat. time tido! hehhe



P/S : thanks Fara belanje Dunkin Donuts! heheh

No comments: