Aku pulang ke Shah Alam pada 7 Oktober, bus jam 11 pagi. Perjalanan yang membosankan tambahan,malam sebelum itu aku berbual ngan apple pie hingga lewat pagi di telephone kemudia baru ingat nak packing barang. Sebelum apple pie call jam 2 pagi itu, aku sibuk melayan lagu yuna dan kawan-kawan kat chatroom kapasitor. ehehhe..hati aku sangat berat dan malas nak balik shah alam. Mood bercuti itu masih berkembang mekar di hati, sebab tue aku asik naik hangin. Aku mesej apple pie bagitau aku dah tiba Shah Alam...dan bila apple yg sibuk dengan kerja tue membalas mesej aku sedikit lewat (ekceli aku tak kesah pun dia balas ke tak..cuma sekadar menunaikan janji nk mesej bila tiba)...dengan selambanya aku lepaskan marah aku kat apple pie. Aku pun tak tau..apa yang aku marahkan sangat.
kelmarin; 8 oktober, aku dengan semangat jayanya..bangun untuk uruskan jemputan UIC ke program to know Malaysia is to luv Malaysia yang akan diadakan pada selasa akan datang ini. Bajet pas settle uruskan jemputan bajet nk masuk opis MEDEC la. ehehhe...sekali..time lunch break tue...aku bleh plak tergatal mulut mengatal mengajak En Affandi, staff kat HEP tue ke The Actors Studio. ahahha..and dia plak on je sebab tgh bosan takde keje sebabkan program Jasamu di Kenang. Apa lagi, away la The Actors Bangsar. bleh plak si angah aku petua yang Bangsar Village ngan Bangsar shopping Complex (BSC) tue tempat yang sama...dah tue ada plak bgtau The Actors tue dah pindah ke Bangsar Village. time masuk Bangsa Village...malu siot. sebab aku pakai baju kurung. ahahahha..mesti dalam hati diorg cakap.."OMG budak nie tak habis raya lagi ke ngan berbaju kurung dan berkad kerja??" atau pun diorg berkata.."OMG...budak kampung mana baru sampai bandar nie??" maluuuu..siotnye! Kebetulan Kak Suehani call..apa lagi...aku pun mengambil kesempatan bertanya. Kak Sue nie pandai sikit bab jalan-jalan kat KL nie. itu nak g umah bos aku pun..kak sue yang kasi direction cari Ara Damansaara. cayang aku pada Kak Sue..ehehhe...dengan gelak ketawa dari Kak Sue bila dapat tahu aku masuk bangsar village dengan baju kurung....Kak Sue memberi arahan yg tepat dan mudah ke The Actors. erm..tak susah pun. so perjalanan di teruskan lagi...dan aku berjaya menemui The Actors Studio. Dengan jelas memaklumkan bahawa...aku telah berjaya mendapatkan tiket EP Launch Yuna ahad ini. ehem..ehem...yeap2 horray...! bahagianya hidup...tak sabar rasanya nak g ahad ini. Semoga apa yang dirancang menjadi hndaknya. apa lagi..mengambil kesempatan la..menayang tiket konsert Yunalis Zarai ini...ehehhehhe...
so Ahad nie...masa untuk aku di KLPAC la nampak nye.... begitulah hari-hari aku yang penat berlalu.
hari ini, 09-10-2008, masuk ke opis cam biasa. tapi awal pagi, aku kena attend test Oral. mujur soklan dia aku berjaya lah menjawab walupun aku tak baca semalam coz sebuk ym ngan apple pie dah tu sambung plak ngan phone call. haih.....ngantuk takyah cakap la. tadi kat opis..pening aku tgh cari idea nak wat database untuk technoprenuer, then sakit muka...sbb muka aku mmg terbakar habis. balik, kak erin anta sampai seksyen 2, then fairuz amik.kitaorg g makan kat burger king baru buka kat extreme park pastu balik puncak. penat sangat...huhuhuuh....sok nak uruskan pasal program PR tue lagi. masyaAlla....tertekan nye...
No comments:
Post a Comment