Sunday, September 28, 2008
Soalan itu membunuh ku (versi lagu D'Massive)
Soalan itu kembali menghantui di saat-saat bemulanya musim cuti persekolahan dan hari raya hanya beberapa hari sahaja menjelang. Aku tak tahu macam mana nk ekspresskan perasaaan ni... Adakala soalan itu bagaikan kelakar dan ada pula kedengaran sinis..
Semalam, merayau dengan Kak Sarah (tunang abang aku)...sambil mencari tudung untuk di match kan dengan baju raya aku..(ehehhe..bak kata lecturer aku,susah tul jd perempuan...sume nak match) wahahahaha.....ketika window shopping, kitaorg ni pun skali la mencari idea untuk mengubah hantaran adam. Adam akan akad nikah pada raya ke- 3 nanti dan kenduri pada raya ke-empat. Adam ngan aku sebaya....dia lahir sebulan lebih awal dari aku iaitu bulan november manakala aku disember tahun yang sama. Kami membesar bersama dari kecil dan adam pun hanya duduk depan umah aku sahaja...ahahaha...selepas habis belajar, adam pilih untuk berkerja dalam Navy di barisan angkatan tentera Malaysia manakala aku mash meneruskan pengajian di sini. Dalam usia yang sebaya, aku tak sangka dia akan berkahwin dahulu. wahahah....dah sampai jodoh. Aku doakan kebahagian dia.
Selepas Dino, adam mengikut jejak langkah..then tak lama lagi, insyaAllah si Bulldog akan menamatkan zaman solo nya. Ditegaskan di sini..bulldog sebaya aku tapi dia ialah makhluk tuhan yang aku TAK MUNGKIN dekati. atau lebih tepat. dia bukan kawan aku la.atas sebab apa...biarlah rahsia. hujung tahun nie juga, kak farazilla dan abg fitri (2 beradik nie) akan naik ke jinjang pelamin. sama cam adam..kak farah ngan abg fitri amat rapat dengan aku. Lagipun diorg tinggal sebelah umah aku je dan tak lain tak bukan...family members aku gak.ehehhe...
So, bila dah terlalu ramai manusia yang rapat dengan aku sedang sibuk menghitung hari dan membuat persiapan...soalan seperti "Kamu bila nak kawin..." atau " bila lagi nak rasa nasi minyak kamu.." semakin byk bekumandangan...
haih!
bosannya soklan...
dah malas nak bersoal jawab. dah malas nk ulang jawapan.....makcik-makcik dan pak cik sekalian, kalau ada jodoh...kahwin la saaya. tak kawin tue..tak sampai seru lagi la. si Ibad tu pun, aku nyaris nk sekeh dia. tanya aku soalan yang sama.."Ko bila nak kawen?" cet2...Ibad, aku nak kaya dulu arrrr. Nak kaya raya senangkan mak bapak aku before kawen. aahhahah....
Cik Sal plak tanya aku, .."apa kriteria lelaki idaman ko??"
terkesima seketika untuk menjawab!
Setelah berpikir seketika..jawapan aku berbunyi sedemikian...sound hipokrit but ikhlas.
" Entahlah Sal...aku malas nk pikir.asalkan orang tue boleh sayang aku seikhlas hati, setia dan mampu membahagiakan aku...ok kot! malas nak pikir...dan malas nak cari..."
dan sal selaku pensyarah muda mengajukan lagi soklan pada ku...."camana erk kalu ko suka kat dua org dalam satu masa??" aiyak...soklan membunuh ke?? tambah sal lagi..."aku paham perasaan ko time ko suka diorg dulu!" aiyak...penyataan membunuh, hampir terbunuh..takut tak sempat raya plak..
duss!!
hati aku tak dimiliki sesapa sekarang.....so bagi sesiapa yang rasa nak meminang aku...anta mesej minta no telepon mak aku. nnt aku bg no tel mak aku...korang tanyalah mak aku. kalu dia kasi aku kawin..nnt aku jemput satu town yg sibuk bertanya bila aku nak makan nasi minyak and tgk aku bersanding atas pelamin.wokeh??? charee...(tepengaruh dengan seseorg!)
untuk yang bakal mendirikan rumahtangga..selamat pengantin baru.
p/s: TOLONG LA.....JANGAN TANYA LAGI PADA AKU SOALAN MEMBUNUH ITU.......!!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment