Sunday, September 21, 2008

Anak Mami...

Satu petang di pejabat aku...sedang aku leka membuat kira-kira pembayaran lebihan mengajar kepada pensarah-pensarah di sini....kakak sekerja aku memasang lagu raya. ehehhe...

"Ko balik raya tak, lya??" tanya Kak Zai tetiba.
"uish....mau meraung tak balik,kak Zai!" jawab ku dengan penung gaya muncung..ehhe
"Kamu balik mana??"tanya kak Zai lagi. Aku pandang Kak Zai dengan pandang kosong lalu
tersengih sblom menjawab..ehhe
"Penang!" bangga siot!
"Laaa....anak mami ker???Mahal..mahal..."kata-kata Kak Zai buat aku mengerut dahi.
Mahal??hati ku tertanda tanya!
"Anak mami...mahal tue hantaran~~~" si Shahir menyampuk dari belakang. Kini baru lah aku
mengerti butir kata-kata Kak Zai tue! ehehe...aku tersengih!

Itu bukanlah kali pertama aku berdepan denga situasi sedemikian. Boleh dikatakan majoriti
berpegang mengatakan bahawa anak dara dari negeri Pulau Mutiara ni ialah species yang mahal.
Mahal ke??erm....

Kalau zaman mak aku muda-muda, ayat seperti "takde RM 10 ribu, jgn rapat anak dara orang..." sudah common aku dengar. Bahkan itu lah yg selalu mak aku bebelkan pada along da adik lelaki aku.
Memanglah tak di nafikan, di kawasan sekitar kediaman aku, rata-rata hantaran anak dara sahaja RM10 ribu(bersih termasuk mas kawin) manakala janda anggaran RM 6 atau 7 ribu (bersih dengan mas kawin). Itu ada plak kategori dia. Yang kelulusan SPM, kelulusan diploma dan Ijazah. yang berkerja atau tak berkerja. kos sara diri mahal..tambah minyak dah naik, erm rasa nya hantaran pun dah naik kot. maybe dalam RM13 ribu kot skrang.

Justeru itu, ramai yang tak berani rapat dengan budak kelahiran Pulau Pinang sebab dikatakan mahal. tetiba teringat kata Abang Ezat aku...kalu dah suka bape puluh ribu pun tak ada masalah.

Pada aku pula, soal hantaran dan mas kawin nie...bukan nya tak leh runding. boleh aku rasa...semua nya terpulang kepada pihak keluarga perempuan. Jadi tak boleh lah menunding jari mengatakan anak penang nie mahal.

Seperkara lagi....bukan semua anak penang itu ANAK MAMI. Anak mami ialah percambahan dari kaum mamak yang tiba di tanah melayu sejak pembukaan negeri ini mejadikan ia satu etnik istimewa di negeri ini.ehehhe...kat Penang nie ada je melayu tulen....

Aku??ehehhe...camana erk...aku nie ada sedikit kacukan anak mami. Arwah mak tok sebelah mama aku ialah anak mami yang sebenar dan telah berkahwin ngan arwah tok wan yang merupakan anak melayu penang. jadi mak aku masih lagi anak mami...ehehe..manakala abah aku pula, nenek aku berasal dari Teluk Intan,Perak dan tok abah berasal dari penang dan berdarah kacukan siam sedikit. Mama di lahir serta dibesarkan di Pantai Road,Butterworth manakala abah dilahirkan di Kelawai Road,Penang namun membesar dan bersekolah di Teluk Intan,Perak. Aku pulak di lahirkan ketika fajar dhuha menyinsing di dalam wad bersalin Hospital Bersalin Pulau Pinang,Georgetown. so aku lahir betul-betul tgh town. ahahahah.....

So kesimpulannya, aku adalah kacukkan melayu dan mami...menjadikan aku memi..ahahhaha....satu fromula yang tidak effektif. wakakakakak.....

aku tak kesah lah..kalu orang kata anak mami ke...mahal ke...lantaklah. Ini menunjukkan budak perempuan cam kami ini sgt valuable dan mempunyai harga yang tinggi. ehehhe..untuk lelaki2 yang
membaca blog aku ni..sorry la. Ini hanya pandangan peribadi aku sahaja. sesiapa yg tidak bepuas
hati...boleh tinggalkan komen. Jangan marah...

Well...Aku bangga di lahirkan sebagai anak kelahiran Pulau Pinang! ehehe....*wink*

1 comment:

Firaz said...

salam...

hehehehe... banga2... sy pun bangga jadi anak jati penang... hahaha..;-) mahai ka...?? mampuih laaa nk kumpui duit.. dh lah gaji ciput....hehehe..;-)