Sunday, June 15, 2008

Tahap-tahap Keimanan

TAHAP IMAN MANUSIA

" Sesungguhnya orang-orang yang menukar iman dengan kekafiran,sekali-kali mereka tidak akan dapat memberi mudharat kepada Allah sedikitpun; dan bagi mereka azab yang pedih" (Ali Imran : 177)
Dalam ayat di atas,Allah s.w.t. telah memberikan amaran yang keras agar kita sentiasa berpegang kepada 'tali' Allah s.w.t. Lantaran itu kita harus memerhatikan tahap iman yang kita miliki ini adakah sejajar apa yang dikehendaki oleh-Nya.

IMAN TAQLID

Iman ikut-ikut atau iman 'pak turut'.Orang yang beriman Taqlid,pegangan islamnya tidak kuat dan prinsip islamnya tidak kukuh.Dia tidak ada alasan yang kuat mengapa dia beriman.Dia tidak ada dalil-dalil akal dan AL-Quran/As Sunnah untuk membuktikan keyakinannya.

Mengikut qaul yg lebih jelas,iman Taqlid ini tidak sah.Segala amal ibadat orang yg beriman Taqlid adalah tertolak dan tidak mendapat pahala di sisi Allah s.w.t.

IMAN ILMU

Iman berdasarkan Ilmu.Iaitu seseorang yg telah mempelajari tentang Allah,para malaikat,para rasul dan nabi,kitab-kitab,hari Qiamat dan lain-lain yang diwajibkan mengimaninya.

Iman dan keyakinannya berasa dan kuat bertunjang pada akal.Iqtikadnya disertai dgn dalil dalil yg kuat serta pegangan yg kukuh.Dia tidah mudah goyang atau terpengaruh dgn ideologi lain.Tetapi orang yang beriman Ilmu,tidak takut akan Allah s.w.t. dan mudah berbuat derhaka kepada-Nya.Mereka juga hanya mampu memperkatakan islam,tetapi tidak mampu berbuat atau mengamalkannya.

Jadi iman Ilmu belum lagi dapat menyelamatkan seseorang itu dari neraka Allah s.w.t.

IMAN AYYAN

Hasil daripada tarbiyah dan mujahadah yg bersungguh-sungguh. Orang yg beriman Ilmu akan meningkat kepada Iman Ayyan. Imannya bertempat dihati,bukan lagi di fikiran.

Hati orang-orang yg beriman Ayyan sentiasa mengingati Allah,ibadahnya khusyu' dan ia sentiasa merasa kebesaran Allah s.w.t.Apabila disebut nama Allah s.w.t., gementar hatinya.

Semua perintah Allah s.w.t. dipatuhi dengan penuh rela dan kesungguhan.

Ia terlalu sensitif dgn dosa serta sgt berakhlak dgn Allah dan manusia.Setiap ujian dihadapi dgn penuh sabar.Ia juga sentiasa mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah s.w.t.

Orang yang berada di peringkat Iman Ayyan tidak lama dihisab di Akhirat dan ia mudah masuk Syurga.

IMAN HAQ

Seseorang yg mencapai Iman Haq,mata hatinya 'melihat' Allah s.w.t. Ertinya setiap melihat kejadian dan kebesaran Allah s.w.t., hati dan fikirannya tertumpu kpd Allah s.w.t.Terasa takut dan hebatnya Allah s.w.t pada setiap masa.

Hatinya tidak lekang mengingati Allah s.w.t. dan sentiasa karam serta khusyu' dlm kesyahduan cinta pada Rabb Ilahi.

Hatinya tidak terpaut dengan dunia dan ia tidak dapat dilalaikan oleh nafsu mahupun iblis laknatullah.

Mereka yg beriman Haq digelar Muqarrobin oleh Allah s.w.t., yakni orang yg hampir dgnnya.

IMAN HAKIKAT

Inilah peringkat iman yg paling sempurna dan tertinggi yg dimiliki oleh Rasul-rasul,Nabi-nabi,khulafa'ar Rasyidin serta wali-wali Allah s.w.t.

Mereka akan ditempatkan oleh Allah s.w.t di dlm Syurga yg paling tinggi martabatnya.

Hidup mereka setiap masa asyik dgn ibadah.Ibadah mereka cukup hebat,solat sunat paling kurang 300 rakaat sehari semalam.Budi serta akhlak adalah yg terbaik dan paling terpuji.Allah s.w.t akan menurunkan barakah dimana shj mereka berada.

Mereka digelar golongan 'superscale' Akhirat.Hidup dlm syurga yg maha Indah lagi maha lazat.Allah s.w.t. mengurniakan yg sedemikian itu sebagai membalas cinta dan pengorbanan hakiki yg cukup besar semata-mata kerana Allah s.w.t.

Hari ini kita juga dihadapi dgn pelbagai peristiwa.Terutamanya peristiwa yg meruntuh keimanan apabila menyaksikan pencerobohan tentera kafir ke atas negara islam.Demikian juga hari ini kita sering melihat tragedi yg dulunya tidak pernah kita dengari.Tragedi pembunuhan yg mengerikan,kezaliman yg berlaku,kemaksiatan yg bermaharajalela,kemurkaan tuhan dgn bencana alam,fenomena aneh dan sebagainya.

Oleh itu kita harus memeriksa,dimanakah tahap keimanan kita.Tidakkah kita berasa takut dgn tahap keimanan kita skrg?

Sama-samalah kita bermuhasabah diri serta mempertingkatkan keimanan dgn mengerjakan amalan kebaikan dgn bersungguh sungguh,iltizam dan istiqomah.Berbahagialah dgn berita gembira dari Allah s.w.t dalam surah Ali Imran, ayat 139,

"Janganlah kamu bersikap lemah,dan jgnlah (pula) kamu bersedih hati,padahal kamulah org org yg paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang-orang yg beriman."

**this article so attractive so...i took from kak sue and wanna share with my friends. thanks kak sue for thiss nice article. luv it...

No comments: