Sunday, June 15, 2008

Past,present...future

Semalam aku keluar...g beli kain utk buat baju kurung baru. selepas membelek hampir 2 jam lebih kat situ..akhirnya aku telah memilih sepasang kain bercorak floral kaler purple + putih. xtually nak amik hijau..tapi memikirkan terlalu banyak sgt baju aku berwarna hijau maka,dengan nekad aku pilih kaler purple. cantik corak dia..and mama pun kata cantik.er..excited nyer nk tunggu baju tue siap.hehehhe...

Balik dari shopping,terus layan friendster...apa lagi.thru fs kwn2 aku, aku meneruskan usaha mencari semula rakan-rakan sekolah aku yg dah lama lost contact. sedih,bangga..terharu semua ada. erm..ada diantara kami dah jd pelakon drama dan model..ada yang dah jd doktor,engineer dan sebagainya. But mostly masih belajar lagi macam aku gak.

kalu semalam,berada dikalangan rakan-rakan seuniversiti..ku rasakan aku nie macam kecik lagi. Aku rasa tak matang sangat..but bila berada kembali dlm kelompok aku semula... baru aku sedar aku nie dah berusia dah. dah coming to 24 years old and setahun lagi..akan mencecah suku abad. ehheheh..tue stil perasan muda lagi.

hari ini akan berlalu...dan sok akan menjelma sedangkan semalam dah jadi sejarah. walaupun tak pasti apa akan terjadi pada esok hari,namun aku harap persahabatan yg tercetus ini akan terus berkekalan sampai bila-bila. Aku juga berharap...mana rakan-rakan aku yg dh lost contact tue...dpt bertemu kembali. kepada Allah aku panjatkan segalanya. Semoga semuanya berjalan dengan lancar.Amin!

Aku dah ngantuk.rasa nak tdo jer malam nie.....

No comments: