Saturday, June 7, 2008

Kisah Seorang Gadis...part 1

Kisah ini..aku amik dari seseorang yang amat rapat dengan aku. Satu kejadiaan benar-benar terjadi yang di saksikan oleh ramai orang namun masih menjadi misteri hingga saat ini.....watak utama kejadian ini biarlah aku gelarkan dia 'N'. sekadar renungan bersama.....


N seorang gadis yang sangat periang dan sangat aktif dengan aktiviti di sekolah. ketika itu dia baru berusia 17 tahun. Dengan perwatakkan yang sederhana...comel la mampu menarik perhatian lelaki-lelaki di sekililingnya.

Satu hari, N mendpt offer ke mengikuti camping yang diadakan secara besar-besaran yang dikenali sebagai Jambori kebangsaan yang di hadiri oleh pelajar2 dari seluruh Malaysia di sebuah kawasan hutan sekitar Tasik Pedu,Kedah. Dengan gembiranya, awal pagi dia dan kawan-kawan sekolahnya pun bertolak ke tapak perkhemahan itu. Tanpa menyedari apa-apa dan walupun dlm keadaan demam N ttp insist nk ikuti program tersebut.

Tiba di sana, petang itu hujan renyai. Perjalanan hanya memakan masa hampir 3 jam dan setibanya di sana mereka dikehendaki memasang khemah di kawasan-kawasan yg telah di tetapkan penganjur. dan khemah N bersama rakan-rakan nya bersebelahan sebuah busut yg agak besar di bawah pokok besar. Berdekatan dengan kelompok khemah-khemah kumpulan N..terdapat serumpun pohon buluh yg sangat cantik. setelah siap memasang khemah, mereka berehat menantikan maghrib dan perlu bersiap sedia. ketika rakan-rakan N masih mandi..N di khemah terdengar bunyi kicauan burung yang sangat pelik. Dan adakalanya..terdengar suara gemersik seakan memanggil namanya. Pada mulanya, N ingat hanya kawan-kawan nya yg nak main2 kan dia..lalu dia pun tak pedulikan nya. Namun,kepala nya mula berdenyut-denyut saat itu.

malam itu,mereka bersolat jemaah beramai-ramai. gelanggang basketball telah di bersihkan utk di jadikan tapak solat berjemaah. Dengan berbumbungkan ribuan bintang-bintang di langit menyinari jemaah seramai 1 500 org itu. di barisan belakang sekali kelihatan barisan muslimah yang bunga raya (PMS la..) salah seorang nya N. kepala nya semakin berdenyut bahkan...urat2 di sekitar kepala semakin timbul ketara kelihatan. walaupun telah makan panadol di bawa,sakit itu makin bertambah tidak berkurangan. salah seorang kawannya menolong memicitkan kepalanya lalu dia tido di riba kawannya sambil mata melihat bintang-bintang di langit. saat itu, dia ternampak seakan sesuatu terbang melintasi kepala nya berwarna putih. Namun, krn sakit kepala yg keterlaluan dia tak mahu amik kesah. usai solat jemaah isya, mereka pulang ke khemah krn esok awal pagi majlis perasmian program akan di adakan.

Keesokkannya, semua nya berjalan seperti biasa. Tapak pameran dan penyampaian hadiah kepada para peserta telah di jalankan. petang itu, selepas ceramah 1, N pulang ke khemah berseorangan utk tukar baju ke sukan rakyat yang di adakan. Setelah siap tukar baju, dia ingin segera ke tapak permainan. ketika melintasi serumpun buluh berdekatan khemah, kaki nya tiba-tiba kejang. Dia tak lagi bleh berjalan dan dadanya sesak nafas. lalu dia terjatuh kejang berdekatan rumpun buluh tu. kebetulan ade pasukan perubatan yg bertugas melalui kawasn tersebut,maka diorg pun mengangkat N dengan ambulan da hantar ke sickbay berdekatan. tiba di sickbay....petugas di situ tak dapat membantu mengangkat N..krn bdn N sgt panas dan bertambah panas. Hinggakan dia terpaksa di letakkan di bilik air dan si jirus dengan air bg menyejukkan badannya. bila suhu bdn agak turun sedikit, dia di benarkan berbaring di atas katil di sickbay sambil pertugas perubatan mengurut kaki kiri yang dikatakan kejang tue dan tanpa disedari N tertdo.

N tersedar ketika itu nurse yg bertugas mengejutkan nyer krn ada pegawai pengiring nya datang. ketika itu azan manghrib berkumandang...dan pegawai pengiring nya yng bernama F berjanji akan datang melawat selepas solat isya.akak nurse tue bawakan nasi dan air bandung utk makan mlm N..namun menurutnya N hanya sempat menjamah beberapa suap nasi sblom tertdo dlm keadaan terduduk sambil memegang pinggan nasi yang sedang di makannya.

dan kejadian itu terjadi.........

selepas isya...F datang dengan drivernya yg di panggil Pak Long. Pak Long ialah orang yg kuat agama dan pandai lah mengurut orang. F minta tolong paklong utk mengurut kaki N yg kejang. Sebagai yg diminta tolong, paklong pun urut. Cuma, raut wajah paklong berubah. Ketika mengurut N..paklong tekan sekuat-kuat hati namun N seakan-akan hilang deria rasa dan tak merasa sakit. dengan marahnya,paklong menyuruh N keluar dari sickbay berjalan. N akur..dia bangun dan ketawa lalu berjalan keluar memakai kasut dan terus berjalan. saat itu ada ambulans datang ke sickbay kerana berlakunya kes kecemasan yg serius dan pelik. seramai hampir 120 peserta lain keracunan makanan setelah minum air bandung di sediakan. kata mereka lagi...dalam air bandung tersebut ditemui katak yang telah melompat ke dalam tempayan air bandung tersebut.

Berbalik kpd N..bila ternmpk ambulans tue, dia terus duduk dihadapan jalan dan mujurlah ambulans tersebut sempat mengelak dr melanggar dia. (kalu tidak sure arwah cam katak dlm air bandung tue...). N mula bertindak pelik..dia berjalan tanpa menghiraukan orang di belakang nya. Selain F, pak Long..sepupu N juga turut sama mengikuti program tersebut pun mengikuti N. seorang kawan perempuan, 3 orang Pegawai perubatan bertugas, pegawai kem tersebut dan dan beberapa org lagi la mengikuti N berjalan. F mengiringi N..dan N mula ckp merapu.

ketika melewati rumpun buluh tersebut, N beritahu dia nak balik ke rumahnya. F memujuk dgn berjanji utk menghantarnya balik...tapi N menunjukkan rumah kawannya yg lain yg dikatakan berada di rumpun buluh tersebut. N juga menunjukkan beberap rumah kwn2 nya di celahan rumpun buluh lain di situ. N terus berjalan dan bererita pd F. hanya F...apabila ada yang lain cuba merapati N...N akan bertindak ganas. lantas mereka hanya mengikut cara N shj. hinggalah N beritahu dia letih dan ingin berehat. ketika itu, jam telah menunjukkan 4 pagi. mereka membenarkan N pulang ke khemah nya...namun dikalangan mereka lebih arif dpt menghidu niat N. mereka bersembunyi disebalik pokok setelah N masuk ke dlm khemah. mungkin n rasa cam dah takder org...so dia pun kuar semula dr khemah ntah nk ke mana...lalu mereka terus menangkap N. N bertindak ganas dan F mula memainkan peranan memujuk N. kali ini N lebih ganas..dia memaki hamun seseorg namun tdk di fahami org lain.bahkan,sesiapa yg mendekati atau menegurnya ketika berjalan..dia akan cuba utk mencekik org tersebut dan menggugut utk membunuh org itu. sehinggalah melewati sebuah tasik berdekatan hutan tersebut...arus tasik itu boleh membawa sesiapa sahaja hingga ke Thailand krn Tasik itu merupakan sempadan diantara Kedah,Perlis dan Thailand. jam telah menunjukkan 5.30 pagi ketika itu. Pegawai perubatan yg mengikuti N telah letih. ketika itu, N cuba melompat ke dalam sungai tersebut namun kawannya, F dan sepupu N sempat menarik N. ketika bergelut dengan N yg cuba melompat ke dalam tasik tersebut, azan subuh berkumandang dan N rebah di atas jalan tar berdekatan situ.

setelah N jatuh pengsan, dia diangkat dan dibawa ke sebuah chalet berdekatan situ. Dia tersedar dan mengadu sakit. setelah pegawai perubatan merawat luka2 ditangan dan kaki N, n terus tdo keletihan sehinggalah pd pg esok, tepat jam 10pg N dikejutkan dan di arahkan mandi.manakalanya,brg2 nya telah siap dikemaskan. selesai siap ala-kadar, N dibawa keluar utk dihantar pulang ke rumahnya. Namun,paklong membawa nya menaiki van ke jln2 yg di laluinya hingga ke tasik dan tanpa di sedari dia telah berjalan tanpa henti selama 6 jam mnegelilingi hutan tersebut! bahkan, pegawai keselamatan yg sama2 menjaganya juga menegur dia..namun dia tidak mampu menginngati apa-apa dan dlm keadaan terpingga-pingga.

ketika keluar dr kawasan perkhemahan itu,N menagis semahu-mahunya tiba-tiba hinggalah setelah keluar kawasn tersbut dan berada agak jauh dari kawasan tersbut,dia berhenti menangis tibaa-tiba dan tersenyum. melihatkan dia telah tenang..maka paklong pun memberitahu satu rahsia......

ketika paklong mengurut kaki N mlm itu...kaki nya tak ubah seperti kayu mati yg telah kering hinggakan bila ditekan dengan sekuat2nya dia hanya mampu ketawa. Adalah mustahil bg seorang yang agak gempal seperti N utk mempunyai kaki sekurus kayu yg hampir reput. tambahan pula..seorang lelaki yg kuat pun akan menjerit apabila ditekan-tekan ketika mengurut...namun N hanya mampu tersenyum sinis seakan menyindir..hingga membuatkan pak long sedar dan bertempik marah padanya...

pelik..namun kesudahannya tak berakhir di situ....

1 comment:

Whozai said...

tak sabar nak tunggu part seterusnya