Tuesday, March 26, 2013

Cinta pandang pertama


Pernah dengar cinta pandang pertama?

Mungkin ada dikalangan anda yang sendiri merasakan cinta pandang pertama. Cinta pandang pertama aku pada seorang lelaki berbangsa Jepun, Nagase Tomoyo.

Aku sendiri dah tak ingat kenapa dan apa puncanya aku boleh sukakan Nagase. Tapi yang aku tahu...aku sukakan Nagase dari tahun 1997.  3 tahun lepas Nagase debut dalam Tokio.

Bila difikirkan balik, rasa kelakar pun ada.  Aku sesungguhnya manusia yang cepat jemu dan beralih arah... yang pastinya..dari 1997 sehingga sekarang, without failed..aku tetap akan sukakan Nagase.

Tokio was performed in 1989 tapi Nagase join Tokio pada 1993. Ok 1993 aku darjah 3 ke 4 time tu. Bersama Tokio, Nagase ad 12 full length albums, dan almost 30-35 singles. Selain itu, Nagase juga berlakon hampir 40buah drama dan filem. Wow!

Commercial ad? Hah..tak payah cakap. Tak terkira...jadi ambassador product tak payah cakap. Dari cosmetic...iklan tayar, ikla camera...sampai la road safety campaign..beratus-ratus iklan dah pakcik ni.

Kalau ikut kan calculation aku...tahun ini, genaplah usia dah 36 tahun. Yakni, beliau adalahah bersamaan dengan Abang Long ku. Lahir tahun yg sama!!

Namun begitu...aku masih lagu sukakan beliau. Sampaikan hari ini..aku masih mengulang tgk drama dan dengar lagu-lagu dia.  Aku rasa...dalam semua-semua cerita, aku paling suka watak Yuichiro Sakuraba.
Mukodono, Uthahime, My Boss My Hero, Tiger & dragon adalah antara series yang terbaik lakonan Nagase. Oh ya..Unabore Deka adalah series yg paling aku menyampah lakonan Nagase. Nampak desprate + naive sgt. tak sesuai karakater tu dgn dia!

Haish... for about 14 years, aku masih sukakan Nagase dan Tokio. Memang hebat! Dan aku rasa, aku akan terus sukakan Nagase.  =) *wink*





Video ni, aku amek dari last year dorang perform. Nampak sgt diorg dah berusia kan?? hehe..

Oh ya...aside from cerita Nagase, aku dpt berita ttg dia. Skrang ni dia dekat Hwancheon. Semoga dia sentiasa sihat dan ceria!!  Tak sabar nak tunggu dia abes tahun depan!

Monday, March 18, 2013

The art of Gumball aka Trisya Watterson


Heys guys!

My new addiction . Pls meet Gumball, Darwin and Anais Watterson!   =P



Bye.

Wednesday, March 13, 2013

14 September 2014


Kamu...


Yer kamu..

Ada 2 perkara saya nak bgtau kamu!

Pertama, saya ...saya suka kamu!

Kedua...  Saya akan tunggu kamu! Selamat menunaikan tanggungjawab pada negara tanah-air anda yang terchenta!

Sebagai ganti, gambar kamu akan di lekatkan di dinding meja di opejabat saya sebagai peringatan yang saya sedang menanti kamu hingga tarikh itu.  Sorry la kamu....selepas  16 bulan nnt, saham anda mmg menjunam habis la! lol!

Bye.

p/s:  "Here's my number! So... call me,maybe? "  *wink*